Pekerja Boleh Report Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja atau Ditamatkan Kontrak (Pekerja Kontrak)

Majikan yang gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.

Menurut Peguam, Yusfarizal Yussoff, sebarang perjanjian atau perikatan kontrak antara majikan dan pekerja adalah tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut beliau;

“Pertama perintah kawalan pergerakan yang dibuat kerajaan ini yang mana ia boleh mengatasi beberapa undang-undang lain dan boleh mengatasi sebarang bentuk perjanjian antara majikan dan pekerja”

Selain itu;

“Jadi kalau sebelum ini majikan dan pekerja diikat oleh kontrak perjanjian antara mereka yang mana mereka bersetuju dengan sesetengah perkara, tetapi apabila ada Perintah Kawalan Pergerakan ini maka mereka sekarang ini tertakluk kepada perintah,”

PEKERJA BOLEH BUAT LAPORAN JIKA MAJIKAN PAKSA KERJA.

Kata Yusfarizal, pekerja boleh membuat laporan bagi beberapa saluran jika majikan paksa hadir bekerja. Tindakan boleh diambil di bawah Akta Kerja 1952.

“Di bawah Akta Kerja 1952, beberapa tindakan juga boleh diambil pekerja sekiranya dipaksa oleh majikan untuk datang bekerja, mereka boleh membuat laporan di pejabat tenaga kerja.

Jelasnya lagi;

“Di bawah Akta Kerja, mereka boleh membuat laporan bahawa majikan mereka tidak mahu ikut Perintah Kawalan Pergerakan, itu kesan-kesan sekiranya majikan tidak mematuhi peraturan tersebut,”

PEKERJA KONTRAK TIDAK PERLU TAKUT UNTUK BUAT LAPORAN

Bagi pekerja kontrak, jika majikan mengambil tindakan dengan menamatkan kontrak, pekerja boleh buat laporan kerana majikan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan.

Yusfarizal berkata ini adalah penamatan secara konstruktif dan jika bukti yang dikumpul cukup, ini membolehkan majikan berdepan tindakan kerana menamatkan kontrak disebabkan ingkar arahan kerajaan.

Pekerja kontrak juga boleh membuat laporan polis atau kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Jadi buat majikan yang mengambil kesempatan untuk memaksa pekerja anda bekerja dalam tempoh kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan, pastikan anda hentikan sekarang sebelum tindakan undang-undang diambil kepada anda. Kepada pekerja yang dianiaya untuk dipaksa bekerja pula, jangan takut untuk buat laporan polis jika majikan didapati bersalah.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma