Lupa Nombor Akaun Bank BSN? Ini 5 Cara Dapatkan Semula No Akaun Anda

Nombor akaun diperlukan apabila seseorang ingin melakukan transaksi, oleh kerana itu menghafal nombor akaun milik sendiri sangat diperlukan. Memang susah nak hafal nombor akaun kerana agak panjang jadi kena lah tulis nombor akaun tersebut di atas satu kertas dan simpan kertas itu.

Atau anda juga boleh menyimpan nombor akaun ke dalam contact list pada handphone anda, tulis nama yang anda mahu seperti “Akaun Bank BSN Saya”. Sekiranya diperlukan pada bila-bila masa anda hanya perlu buka contact list sahaja.

Namun jika anda kehilangan nombor akaun yang disimpan atau lupa nombor akaun tersebut, terdapat beberapa penyelesaian yang boleh anda lakukan untuk mengetahui nombor akaun anda.

Berikut adalah 5 cara dapatkan semua nombor akaun bank anda.

5 CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK

1 Buku Simpanan Bank BSN

Buku simpanan merupakan kemudahan yang disediakan oleh bank untuk merekodkan transaksi yang dilakukan, jika anda mencari no akaun bank BSN, anda boleh membuka buku simpanan anda, nombor akaun anda dicatat dalam buku simpanan pada bahagian depan (cover book).

Mungkin ini sudah diketahui ramai orang, tetapi malangnya buku simpanan tidak selalu dibawa setiap kali anda beraktiviti, jadi apabila anda berada di luar rumah dan mencari nombor akaun, anda perlu pulang terlebih dahulu.

Untuk memudahkan, ambil gambar akaun bank BSN anda ke dalam handphone, sehingga pada bila-bila masa perlu anda boleh terus tengok gambar tersebut di handphone anda.

2 Mesin ATM

Pelanggan yang membuka akaun di Bank Simpanan Nasional pasti mendapatkan kad ATM sebagai kemudahan transaksi, jadi pelanggan boleh melakukan transaksi seperti mengambil wang, memeriksa baki, memindahkan wang dan pelbagai transaksi lain.

Dan bagi anda yang mencari nombor akaun anda sendiri, anda boleh mencari melalui mesin ATM.

Langkah-langkah cara mengetahui nombor akaun bank BSN:

  1. Sila pergi ke mesin ATM BSN terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN.
  3. Pilih Menu Statement/Penyata.
  4. Maklumat nombor akaun anda akan ditulis di sana.

3 BSN Online Banking

Untuk dapat menggunakan BSN Online Banking (MyBSN), anda mesti memiliki akaun berdaftar terlebih dahulu.

Selain digunakan untuk urus niaga, perkhidmatan online banking juga boleh menjadi solusi bagi anda yang terlupa nombor akaun anda kerana semasa login, anda akan menemukan maklumat tentang akaun anda.

4 Call Center Bank BSN

Anda boleh menghubungi pusat panggilan bank sekiranya ke 3 langkah diatas belum berjaya, setiap bank mempunyai nombor pusat panggilan yang boleh dihubungi untuk membantu anda, termasuk mengetahui akaun anda sendiri.

Pada masa menghubungi pusat panggilan (call center), terdapat beberapa soalan untuk mengesahkan identiti anda bahawa anda merupakan pemegang akaun yang sah.

5 Pergi Ke Cawangan Bank BSN

Langkah terakhir ialah anda boleh pergi ke pejabat cawangan bank BSN, anda boleh meminta maklumat nombor akaun anda pada pegawai secara langsung. Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan (IC) dan kad ATM untuk proses pengesahan data.

Walaupun nombor akaun bank jarang kita gunakan, tetapi ia menjadi penting apabila individu lain ingin membuat transaksi wang kepada kita. Saat itu, baru lah mula gelabah nak cari nombor akaun. Apa kata jika sekarang anda tidak ingat nombor akaun, dapatkan segera melalui 5 cara yang dicadangkan di atas. Apabila sudah dapat, terus simpan di tempat yang tidak akan hilang seperti dalam handphone atau dompet.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma