Tips Lulus Ujian Kecergasan & Fizikal SPA Dengan Mudah

Ujian Kecergasan Fizikal SPA merupakan satu ujian di mana fizikal dan kecergasan calon pekerja diuji oleh penilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menyaring calon yang layak menjawat jawatan dari segi kecerdasan diri.

Ujian kecergasan dan fizikal SPA bukan sahaja melibatkan pemeriksaan ukuran badan, malah melibatkan kecergasan diri calon.

Sekiranya anda nak lulus ujian kecergasan dan fizikal SPA, ikuti perkongsian tips di bawah.

PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

Dalam ujian kecergasan dan fizikal, calon akan menghadapi pemeriksaan fizikal dan pancaindera yang meliputi:

  • Pemeriksaan Ukuran Badan
    a) Ketinggian
    b) Berat Badan
    c) Body Mass index (BMI)
    d) Calon Lantikan Terus – 19 – 24
    Calon PSL – 19 – 30
    e) Ukuran Dada (biasa/tarik nafas) *Calon wanita dikecualikan
  • Pemeriksaan Penglihatan
    a) Jarak Penglihatan “Visual Acuity” 6/9 (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap “Contact lense”). Calon KPSL Dikecualikan
    b) Pengecaman warna dan nombor
  • Pemeriksaan Pendengaran
  • Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
    a) Jari, tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
    b) Berkawad

PEMERIKSAAN KECERGASAN

Kandungan pemeriksaan kecergasan meliputi:

  • Larian 2.4 KM
    i) Lelaki 14 minit
    ii) Wanita – 17 Minit
  • Bangun tubi dalam masa 2 minit
    i) Lelaki – 30 kali
    ii) Wanita – 28 kali
  • Lari ulang alik ( 4 x 10 meter)
    i) Lelaki – 11 saat
    ii) Wanita – 13 saat
  • Lompat jauh berdiri
    i) Lelaki – 215 sentimeter
    ii) Wanita – 162 sentimeter

TIPS LULUS FIZIKAL DAN KECERGASAN SPA

Nak lulus ujian kecergasan dan fizikal SPA, ikuti perkongsian tips ini:

  • Lakukan persediaan seperti membuat latihan kecergasan. Contohnya anda boleh buat latihan larian mengikut masa dan jarak yang ditetapkan seperti di atas
  • Bagi calon yang BMI agak melebihi daripada yang ditetapkan, anda boleh mula mengekalkan diet sihat dan cuba menurunkan berat badan anda
  • Jaga kesihatan anda dengan baik. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan minum air secukupnya dan makan makanan yang sihat sehingga hari ujian tiba
  • Tidur dan rehat secukupnya 3 hari sebelum hari ujian sebenar
  • Jangan paksa diri untuk melakukan latihan sehingga mencederakan diri sendiri. Gunakan masa yang diberikan dengan melakukan latihan mengikut kemampuan anda
  • Dapatkan nasihat kesihatan dan latihan fizikal daripada jurulatih kecergasan yang lebih pakar
  • Hadir awal 30 minit sebelum ujian dan laporkan kepada urusetia
  • Pakai pakaian sukan yang sesuai mengikut panduan yang diberikan
  • Tenang dan bersedia ketika hari ujian tiba.

Gunakan masa yang diberi secukupnya untuk anda membuat persediaan dari segi latihan. Tiada usaha, tiadalah kejayaan. Jangan fikir kejayaan datang bergolek.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma