MBIFREEWIFI: Internet Percuma Disediakan Di 20 Lokasi Sekitar Ipoh

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menyediakan kemudahan internet percuma di 20 lokasi terpilih sekitar bandaraya Ipoh dengan kos berjumlah RM200,000. Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kemudahan itu dikenali dengan nama MBIFREEWIFI dengan kelajuan 300 mbps.

Kemudahan tersebut dijangka akan siap pada penghujung April depan dengan harapan dapat membantu rakyat Ipoh mendapat akses ke internet dengan mudah untuk kegunaan penting.

Kemudahan ini selaras dengan perubahan normal baharu dan ke arah menjadikan Ipoh sebagai bandar raya pintar dan bakal menjadi bandar raya terawal menerima kemudahan 5G.

MATLAMAT MBIFREEWIFI

Inisiatif tersebut disediakan untuk:

  • Membantu pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
  • Memudahkan pelajar akses ke pelbagai sumber pendidikan
  • Membantu usahawan untuk mengembangkan lagi pasaran produk mereka secara dalam talian

LOKASI TERPILIH MBIFREEWIFI

Lokasi-lokasi bagi MBIFREEWIFI dipilih berdasarkan keperluan dan permintaan penduduk dan akan ditambah dari semasa ke semasa jika ada keperluan. Antara lokasi yang akan menerima kemudahan ini adalah:

  • Gerbang Malam
  • Kinta Riverwalk
  • Kampung Seri Kinta
  • Bercham
  • Medan Kidd
Nota: Lokasi akan ditambah mengikut keperluan dari semasa ke semasa

LINGKUNGAN AKSES MBIFREEWIFI

Setiap lokasi MBIFREEWIFI boleh digunakan oleh orang ramai seperti berikut:

  • Dalam lingkungan 50 meter
  • Mampu menampung sekitar 200 pengguna dalam satu masa
  • Kelajuan 300 mbps

Kemudahan itu disediakan sepenuhnya oleh MBI namun mana-mana pihak yang ingin bekerjasama bagi tujuan tersebut amat dialu-alukan. Diharap orang ramai dapat menggunakan kemudahan yang disediakan ini bagi tujuan pendidikan, jana pendapatan dan sebagainya.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma