PAJSK: Cara Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan sistem PAJSK sebagai pelengkap kepada sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum atau PAJSK adalah penilaian yang dilakukan di sekolah untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan murid serta penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.
Ibu bapa juga dapat mengetahui prestasi anak-anak dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum di sekolah melalui sistem ini.
Isi Kandungan
OBJEKTIF UTAMA PAJSK
Antara objektif sistem PAJSK adalah:
- Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah
- Membangun Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut
- Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar ke IPTA
- Menggalak dan meningkatkan penglibatan menyeluruh dalam kalangan murid
KOMPONEN PAJSK
Antara 3 komponen utama dalam PAJSK adalah seperti berikut.
1) Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal adalah untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen dalam SEGAK adalah:
- Daya Tahan Kardiovaskular (Naik Turun Bangku)
- Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur)
- Daya Tahan Kekuatan Otot (Rengkuk Tubi Separa)
- Daya Tahan Kekuatan Otot (Tekan Tubi)
Guru akan mengukur tahap kesihatan murid berdasarkan ukuran BMI.
2) Kokurikulum
Pentaksiran sukan dan kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Antara komponen dalam kokurikulum adalah:
- Kelab Persatuan
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
Murid akan dinilai dari segi penglibatan, penyertaan dan prestasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
3) Ekstra Kurikulum
Ekstra kurikulum merujuk kepada penglibatan secara sukarela sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Murid akan dinilai juga dari segi penglibatan dan aktiviti sukarela dan ianya tidak hanya terhad dalam negara bahkan juga di luar negara.
CARA LOGIN PAJSK
Untuk login ke sistem PAJSK, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web Sistem PAJSK
- Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah
- Masukkan kod ID sekolah dan password
- Untuk login kali pertama, masukkan password 123456
Semua markah murid boleh dilihat melalui sistem PAJSK yang telah direkodkan oleh guru. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau ingin membuat aduan mengenai sistem PAJSK, anda boleh buat melalui email di aduan.pajsk@moe.gov.my.