Cara Login Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my
Memandangkan pembayaran BPN 2.0 bakal dibuat dalam masa terdekat, dah tentu ramai pemohon yang sedang mencari cara untuk login BPN bukan?
Dengan login BPN anda dapat mengemukakan permohonan, membuat semakan status dan juga mengetahui status terkini pembayaran ke akaun anda.
Jadi bagaimana hendak login BPN? Ada link alternatif login BPN atau tidak? Ok, pastikan anda follow panduan mudah di bawah.
Ketahui cara log masuk ke laman web bagi membuat semakan dan permohonan Bantuan Prihatin National.
Isi Kandungan
CARA LOGIN BANTUAN PRIHATIN NATIONAL
Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.
Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’.
Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN:
i. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
ii. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
iii. Keputusan akan dipaparkan.
Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Sementara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my
SIAPA YANG PERLU LOGIN DAN MOHON BPN?
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
BANTUAN LANJUT
Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter ~ https://twitter.com/LHDNMofficial