Lepasan STPM Tak Perlu Tunggu Universiti! Ini 7 Laluan Kerjaya Menarik Yang Boleh Anda Ceburi

Ramai pelajar lepasan STPM menyangka bahawa satu-satunya hala tuju selepas tamat pengajian adalah menyambung pelajaran ke universiti awam atau swasta. Namun, realitinya tidak semua pelajar mempunyai keinginan, peluang atau kemampuan untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi, terutama disebabkan kekangan kewangan, komitmen keluarga atau faktor kesihatan.
Apa yang ramai tidak tahu, terdapat banyak laluan kerjaya alternatif yang boleh diceburi oleh lepasan STPM tanpa perlu ke universiti. Malah, ada yang berjaya membina kerjaya kukuh, pendapatan stabil dan pengalaman kerja bernilai hanya dengan mengambil langkah berani mencuba bidang lain seperti keusahawanan, perkhidmatan awam, latihan teknikal dan sebagainya.
Dalam dunia kerjaya masa kini, ijazah bukanlah satu-satunya tiket kejayaan. Majikan kini juga semakin terbuka untuk menerima calon yang memiliki kemahiran praktikal, sikap profesional dan keazaman tinggi, tidak kira tahap kelulusan akademik seseorang.
Oleh itu, artikel ini akan mengupas 7 laluan kerjaya menarik dan praktikal yang boleh dipertimbangkan oleh lepasan STPM. Sama ada anda ingin terus bekerja, mengikuti latihan, atau menjelajah dunia baharu dalam bidang kemahiran, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk membina masa depan dari sekarang!
1. Sertai Perkhidmatan Awam Melalui SPA
Salah satu pilihan terbaik untuk membina kerjaya stabil adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ramai lepasan STPM layak memohon jawatan gred 29 (baharu: Gred N2, S2, FA2 dan lain-lain).
Contoh Jawatan:
- Penolong Pegawai Tadbir N29 / N2
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 / S2
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 / FA2
- Pegawai Penjara KA29
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S2
Kelebihan:
- Gaji permulaan lebih tinggi berbanding lepasan SPM
- Peluang kenaikan pangkat dan pencen
- Bonus tahunan dan pelbagai elaun
- Boleh sambung belajar dalam perkhidmatan (cuti belajar bergaji penuh)
📌 Rujuk Sini: Cara Mohon & Kemaskini Jawatan Kosong di Portal SPA
2. Ikuti Latihan Separa Perubatan JPA
Jika anda berminat dalam bidang kesihatan, Latihan Separa Perubatan adalah pilihan terbaik. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan terbuka kepada lepasan STPM.
Contoh Kursus:
- Jururawat Terlatih
- Penolong Pegawai Perubatan
- Penolong Pegawai Farmasi
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Kelebihan:
- Elaun latihan RM1,200 sebulan
- Latihan selama 2-3 tahun (berdasarkan kursus)
- Penempatan kerja tetap di hospital atau klinik kerajaan
📌 Rujuk Sini: Latihan Separa Perubatan
3. Terus Bekerja Dalam Sektor Swasta
Ramai syarikat swasta membuka peluang kepada lepasan STPM terutamanya dalam bidang:
- Pentadbiran
- Perakaunan asas
- Jualan dan pemasaran
- Perkhidmatan pelanggan
- Logistik dan operasi
Contoh Jawatan:
- Eksekutif Pentadbiran
- Pembantu Akaun
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Kerani Kanan
- Eksekutif Operasi
Tip Tambahan:
- Lengkapkan resume anda dengan kemahiran komputer (MS Office, Canva, email rasmi)
- Tingkatkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Inggeris
4. Sertai Latihan TVET atau Sijil Profesional
Bagi pelajar yang lebih cenderung kepada kerja teknikal dan praktikal, TVET (Technical and Vocational Education and Training) sangat sesuai.
Institusi Pilihan:
- Kolej Komuniti
- IKBN / ILP
- ADTEC
- GiatMARA
Kursus Popular:
- Teknologi Elektrik
- Penyelenggaraan Kenderaan
- Solekan & Kecantikan
- Pengaturcaraan Komputer
- Videografi & Multimedia
Kelebihan:
- Tempoh latihan 6 bulan – 2 tahun
- Kadar kebolehpasaran kerja tinggi
- Boleh mula perniagaan sendiri selepas tamat kursus
5. Ceburi Dunia Keusahawanan
Ramai usahawan muda kini bermula seawal tamat STPM. Anda boleh mula secara kecil-kecilan sambil mempelajari asas perniagaan.
Contoh Perniagaan:
- Dropship dan Ejen Produk
- Jualan online (Shopee, TikTok Shop)
- Servis seperti penulisan, terjemahan, edit video
- Makanan & minuman (homemade)
Sumber Sokongan:
- TEKUN Nasional
- MARA
- INSKEN
- YAYASAN HIJRAH
6. Sertai Badan Berpakaian Seragam
Bagi anda yang minat kepada kerjaya yang mencabar dan berdisiplin, ini pilihan terbaik.
Pilihan Kerjaya:
- Polis (Inspektor PDRM)
- Pegawai Tentera (Angkatan Tentera Malaysia)
- Pegawai Maritim (APMM)
- Pegawai Penjara / Imigresen
- Bomba
Syarat Umum:
- SPM/STPM mengikut gred yang ditetapkan
- Ujian fizikal, psikometrik dan temuduga
- Fizikal sihat dan aktif
📌 Maklumat permohonan: Berminat Nak Sertai Badan Beruniform Kerajaan? Ini Tinggi, Berat & BMI Yang Anda Kena Capai
7. Peluang Kerja Luar Negara
Sekiranya anda berani mencuba sesuatu yang baru, bekerja di luar negara boleh memberikan pengalaman dan pendapatan lebih tinggi.
Negara Pilihan:
- Singapura (perhotelan, pengeluaran)
- Jepun & Korea (program khas teknikal)
- Timur Tengah (hospitaliti)
Pastikan anda berdaftar dengan agensi pekerjaan sah di bawah JTK.
Penutup
Tidak semua jalan kejayaan bermula dengan universiti. Apa yang penting ialah kemahuan untuk terus belajar dan berusaha. Lepasan STPM hari ini mempunyai lebih banyak pilihan dan laluan alternatif yang mampu menjamin masa depan.
Sama ada anda ingin bekerja dalam sektor awam, swasta, keusahawanan atau bidang teknikal – anda tetap berpeluang mencipta kejayaan yang membanggakan.