EC Smart Machining Quality System IR 4.0: Tawaran Program Latihan Tajaan PTPK Buat Graduan
Selangor Human Resource Development Centre dengan tajaan PTPK menawarkan EC Smart Machining Quality System IR 4.0. Program ini terbuka untuk individu dengan latar belakang yang relevan dan berminat untuk belajar dan menyesuaikan aplikasi baru berkaitan dengan industri 4.0.
Program ini akan memberi pendedahan dan latihan langsung yang komprehensif dalam sistem kualiti teknologi canggih berkaitan mesin dan industri 4.0.
Sekiranya berminat, semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
MODUL DAN PENSIJILAN
- Kemahiran menggunakan peralatan pengukur bersepadu
- Mengendalikan reka bentuk CAD dan kawalan perancangan mesin
- Pemasangan komponen pembuatan
- Persijilan HWK
- Persijilan Modular JPK
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan menyertai program ini adalah:
- Program tajaan PTPK
- Latihan pasca peluang pekerjaan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon program yang ditawarkan:
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 30 tahun
- Lepasan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Pembuatan, Industri Automasi, Tool & Die, CAD CAM, Mould Making, Pembuatan Acuan dan setara
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang dengan hantar resume anda ke alamat berikut:
- Email: jurainan@shrdc.org.my
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Puan Aina melalui WhatsApp di talian 013 2096936 atau hubungi talian +603 5513 3560.