Pengambilan Pelajar Program Latihan Pengajar Kebangsaan (NITP) CIAST Ambilan 1/2023 Dibuka

BY Cikgu Shaari // 03.10.2022 // 2 min baca

Pengambilan Pelajar Program Latihan Pengajar Kebangsaan (NITP) CIAST Ambilan 1/2023 Dibuka
VISUAL.ARCHIVE // 2022

CIAST kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi permohonan sebagai pelajar dalam Program Latihan dan Kemahiran Lanjutan. CIAST atau Center for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) menawarkan menyediakan program-program latihan pengajar kebangsaan (NITP).

Pelajar yang mengikuti Program Latihan Pengajar Kebangsaan (NITP) berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar bagi program-program kemahiran di mana-mana institusi berkaitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Bagi yang berminat bagi kemasukan ambilan 1/2023, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya pada:

  • Tarikh tutup: 26 September 2022 hingga 25 Oktober 2022

KURSUS DITAWARKAN

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan:

  1. Kursus Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) (DLKM + TVET I)
  2. Kursus Diploma Pengajar Vokasional (DPV) (DKM + TVET I)
  3. Diploma Pengajaran TVET (TVET I)
  4. Diiploma Pengajaran TVET (TVET) Khas bagi Lepasan Ijazah

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan sepanjang program adalah:

  • Elaun sara diri
  • Yuran PERCUMA
  • Asrama disediakan

KURSUS & SYARAT KEMASUKAN PROGRAM

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Program Latihan Pengajar Kebangsaan (NITP) CIAST, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 25 Oktober 2022 jam 5 petang.

Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian SAHAJA. Untuk maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon wajib melayari Laman Web CIAST di:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

  • Emel: pengambilan@ciast.gov.my
  • Tel: 03 554 38200 / 8225/ 8226/ 8227 (Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB)
AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.