Cara Daftar Program Latihan Kerja PROTEGE Dengan Elaun Bulanan Bermula RM1,500 Sebulan
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Misi PROTEGE adalah memupuk potensi belia melalui peningkatan kemahiran keusahawanan dan profesional untuk menambah nilai kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan atau keusahawanan.
Dengan peluang pekerjaan yang semakin tipis sekarang, para graduan patut cuba daftar program latihan kerja PROTÉGÉ untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemahiran bekerja.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR PROTEGE
Berikut adalah langkah-langkah daftar PROTEGE dan mohon latihan PROTEGE di syarikat yang anda mahu:
- Klik pautan sso.protege.my
- Klik Daftar Sebagai Peserta
- Lengkapkan Maklumat Peribadi dan klik Seterusnya
- Lengkan Maklumat Akademik dan klik Hantar
- Satu notifikasi akan dihantar melalui email yang anda daftarkan
- Anda akan menerima maklumat log masuk.
- Gunakan maklumat yang diberikan untuk log masuk di laman PROTEGE
Setelah log masuk, anda boleh cari syarikat yang menawarkan program latihan PROTEGE di lokasi berdekatan anda dengan jawatan dan elaun ditawarkan bermula RM1,000 sebulan buat lepasan Diploma dan RM1,500 sebulan buat lepasan Ijazah.
IKLAN TAWARAN PROTEGE TERKINI
Untuk makluman anda, ada juga syarikat-syarikat besar seperti Maybank, Petronas, CIMB Bank dan lain-lain iklankan pengambilan peserta melalui laman web rasmi mereka. Anda juga boleh lihat tawaran-tawaran terkini di laman Instagram protege.my.
Sangat berbaloi anda sertai program latihan kerja ini kerana pasti akan membawa pelbagai faedah lain selain elaun bulanan. Melalui program ini, anda akan dapat merasakan pengalaman bekerja yang sebenar sebagai persediaan untuk ke alam kerja nanti.
Jika prestasi anda baik ketika latihan, tidak mustahil anda akan diserap terus bekerja di syarikat terbabit.