Cara Mohon Penempatan Latihan Industri Di Pejabat MOSTI Dalam Pelbagai Bidang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dalam dan luar negara.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf. Latihan industri di ibu pejabat MOSTI menekan aspek pengurusan tanpa melibatkan aktiviti teknikal / makmal.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran penempatan program latihan industri di ibu pejabat MOSTI dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
PERINGKAT PENGAJIAN
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membuka peluang penempatan latihan industri buat pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dalam dan luar negara di peringkat pengajian berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
BIDANG PENGAJIAN DICARI
Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang emngikuti pengajian dalam bidang berikut:
- Sains & Teknologi
- Sains Komputer/ Teknologi Maklumat/ Multimedia
- Ekonomi/ Pentadbiran Perniagaan
- Komunikasi Korporat/ Media Massa
- Psikologi/ Kaunseling
- Pengurusan Strategik
CARA MOHON
Pelajar yang berminat nak ikuti latihan industri di pejabat Kementerian Sains & Teknologi dan berkelayakan dalam bidang dinyatakan boleh buat permohonan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Surat permohonan pelajar
- Resume pejabat
- Surat rasmi daripada IPTA/ IPTS
- Transkrip pengajian
Dokumen mestilah dihantar dalam format PDF/ JPEG jika dihantar melalui emel.
Permohonan perlu dikemukakan ke alamat berikut:
- Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 5, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya
(u.p.: Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi)
Atau melalui emel kepada:
- hr_training@mosti.gov.my
- dyanahayati@mosti.gov.my
- abdulrazak@mosti.gov.my
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program latihan industri MOSTI yang ditawarkan, anda boleh hubungi talian 03 8885 8226/ 8865.