5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Sesi kemasukan ke universiti bakal bermula tidak lama lagi. Sudahkah anda memiliki komputer riba atau laptop sendiri? Penting untuk setiap pelajar memiliki laptop sendiri untuk memudahkan urusan membuat tugasan yang akan diterima nanti. Selalunya pelajar akan mula menerima tugasan selepas 2 – 3 minggu pembelajaran. Sebagai persediaan ada eloknya pelajar beli laptop lebih awal supaya tidak kelam kabut nanti.

Namun masalah sekarang adalah tidak semua orang ada bajet yang besar untuk beli laptop. Kalau boleh nak laptop yang terbaik dengan harga yang mampu milik.

Jangan risau, jika anda nak dapatkan laptop terbaik sesuai untuk pelajar dengan bajet di bawah RM1,999, ikuti perkongsian di bawah.

BAGUS KE LAPTOP DI BAWAH RM1,999?

Dengan bajet RM1,999 pelajar bolehlah dapat sebuah laptop yang baik dengan menggunakan processor yang baik. Iaitu sebuah jantung kepada sesebuah laptop. Namun bagus ke laptop di bawah RM1,999 ni?

Untuk bajet seperti ini, memang anda tidak akan dapat laptop yang berkuasa bagus. Tetapi keperluan pelajar untuk buat tugasan pasti boleh dipenuhi. Sekadar nak buat presentation, gunakan excel, install software ringan dan main game ringan-ringan sahaja.

LAPTOP DI BAWAH RM1,999

1. Asus Laptop 14 (M409B – ABV087T)

5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Laptop ini adalah antara yang paling murah daripada kelima-lima senarai ini. Harga ditawarkan adalah sekitar RM1,370 – RM1,399 sahaja. Grafik yang ditawarkan AMD Radeion R4. Memang sesuai untuk buat tugasan-tugasan ringan. Setakat nak buat assignment dan main game-game ringan memang tak ada masalah!

  • Processor: AMD® A9-9425 Processor
  • Saiz Skrin: 14.0-inch LED-backlit HD
  • Graphic: AMD Radeon R4
  • Memory: 256GB SSD
  • RAM: 4GB DDR4 (2-slots)

2. Dell Inspiron 14 (3467)

5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Anda boleh dapatkan laptop Dell ini dengan harga sekitar RM1,650 hingga RM1,800 sahaja dengan kuasa Interl i3. Memori yang diberikan juga agak besar iaitu sehingga 1 TB. Banyak fail yang boleh disimpan! Ia juga menggunakan 4 cell batteri yang memberikan ketahanan bateri yang sangat baik.

  • Processor: Intel® Core™ i3-6006U
  • Saiz Skrin: 14.0-inch HD
  • Graphic: Intel HD Graphic
  • Memory: 1TB HDD
  • RAM: 4GB DDR4 (2-slots)

3. HP Laptop 15s (du1036TU)

5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Harga yang ditawarkan adalah dari RM1770 hingga RM1,999 dengan paparan skrin yang lebih besar iaitu 15.6 inci. Laptop ini selalunya menjadi pilihan pelajar dan pekerja kerana reka bentuknya yang nampak profesional.

  • Processor: Intel® Core™ i3-10110U
  • Saiz Skrin: 15.6-inch
  • Graphic: Intel UHD Graphic
  • Memory: 256GB SSD
  • RAM: 4GB DDR4 (2-slots)

4. Acer Aspire 5 (A514 53 32TN)

5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Harga yang ditawarkan bagi laptop Acer ini adalah daripada RM1850 hingga RM1,900. Laptop ini sangat sesuai jika pelajar ingin gunakan laptop berkuasa lebih tinggi. Jika nak install Adobe Photoshop, Illustrator, Microsoft Office dan lain-lain dan digalakkan ambil laptop ini.

  • Processor: Intel® Core™ i3-1005G1
  • Saiz Skrin: 14 inci HD Slim Bezel
  • Graphic: Intel UHD Graphic 620
  • Memory: 256GB SSD
  • RAM: 4GB DDR4 (2-slots)

5. Acer Swift 1 (SF114-32-P660)

5 Pilihan Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti Dengan Bajet Di Bawah RM1,999

Laptop ini ditawarkan dengan harga dari RM1,899 hingga Rm1,9999. Namun dengan harga yang ditawarkan adalah berbaloi kerana baterinya mampu bertahan sehingga 17 jam.

  • Processor: Intel® Pentium® Silver N5000
  • Saiz Skrin: 14.0-inch display with IPS
  • Graphic: Intel® UHD Graphics 605
  • Memory: 256GB SSD
  • RAM: 4GB DDR4

Sekian sahaja cadangan laptop pilihan untuk pelajar universiti dengan harga-harga yang sesuai dengan bajet anda. Tetapi anda kena tahu, kadar kuasa yang diberi adalah bersesuai dengan harga. Jangan terlalu letakkan harapan yang tinggi dengan harga yang rendah. Untuk lebih keterangan lanjut, anda boleh ke kedai-kedai laptop berdekatan untuk pertanyaan.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma