SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar • SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •

Akaun WhatsApp Anda Digodam? Ini Langkah Lindungi Akaun Anda

Oleh Cikgu Shaari • September 23, 2021 • 2 min baca

Akaun WhatsApp Anda Digodam? Ini Langkah Lindungi Akaun Anda
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Macam macam penggodam ini boleh buat dengan akaun anda, jangan ambil mudah! Jangan bila akaun sudah digodam baru nak menyesal.

Pastikan anda ikut langkah yang akan dikongsikan untuk melindungi akaun anda dan sentiasa peka dan prihatin apabila berapa di dalam talian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kongsikan di laman Facebook tentang langkah-langkah penting yang perlu anda ambil untuk lindungi akaun.

Ketahui bagaimana anda boleh melayari dan memastikan akaun WhatsApp anda selamat daripada diretas dengan ikut langkah yang dikongsikan di bawah:

PANDUAN LINDUNGI AKAUN WHATSAPP APABILA DIGODAM

Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil untuk lindungi akaun WhatsApp anda apabila dapati akaun anda digodam:

  1. Segera sahkan nombor anda di sini:
    https://wethinkdigital.fb.com/my/en-my/taknakscam/
  2. Masukkan kod 6-angka yang dihantar melalui pesanan teks. Masukkan kod itu ke WhatsApp anda untuk melog keluar penceroboh
  3. Pengesahan dua langkah. Anda mungkin diminta memasukkan kod pengesahan dua langkah. Tidak mempunyai kod? Penceroboh itu telah mengaktifkannya
  4. Tunggu 7 hari untuk mengakses WhatApp anda tanpa kod pengesahan dua langkah
  5. Anda boleh cuba mengakses akaun WhatsApp anda sekali lagi pada hari ke-7. Penceroboh terbabit sepatutnya telah dilog keluar setelah anda memasukkan kod pengesahan

TETAPKAN KOD PENGESAHAN DUA LANGKAH

Antara salah satu langkah pencegahan yang boleh anda lakukan untuk elakkan akaun WhatsApp anda digodam adalah tetapkan kod pengesahan dua langkah WhatsApp. Ikut langkah berikut:

  1. Buka Setting WhatsApp anda
  2. Klik Account
  3. Klik Two Step Verification
  4. Klik Enable
  5. Masukkan pin 6 angka yang anda mahu
  6. Klik Next
  7. Masukkan email anda yang aktif dan klik Next

Siap! Anda boleh tukar PIN dan alamat email bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak dedahkan PIN anda kepada orang lain.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.