8 Langkah Bijak Guna Duit I-Citra KWSP Yang Pasti Menguntungkan Masa Depan

Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kerajaan menerusi KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.

Pasti ramai yang dah buat permohonan i-Citra dan telah mula terima bayaran masing-masing kan? Bukan sahaja yang kehilangan kerja, yang tidak terjejas pendapatan pun pasti ada juga yang buat pengeluaran i-Citra. Tidak salah nak guna simpanan sendiri, tetapi pastikan anda berbelanja ke arah yang bijak dan menguntungkan masa depan anda!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa langkah bijak yang boleh anda ikut untuk gunakan i-Citra KWSP anda.

Rujuk: Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah

10 LANGKAH BIJAK GUNA DUIT I-CITRA KWSP

Berikut adalah cadangan langkah-langkah bijak belanjakan duit i-Citra KWSP anda supaya tidak rugi buat pengeluaran dan menguntungkan masa depan:

1 Memulakan Perniagaan

Tidak kisah sama ada anda kehilangan kerja atau tidak, anda boleh gunakan wang pengeluaran i-Citra untuk memulakan perniagaan. Orang bekerja pun boleh mulakan perniagaan secara sambilan, lebih menguntungkan masa depan. Jika anda tiada masa nak buat bisnes di luar, anda juga boleh buat secara online sahaja.

Bagi yang kehilangan kerja dan masih mencari kerja sehingga kini, jangan duduk diam sahaja tanpa ada pendapatan masuk. Cuba mulakan sebarang perniagaan. Nak berniaga ini kuncinya adalah rajin dan berusaha. Jangan malas!

2 Bayar Hutang

Langkah ini adalah antara langkah bijak dan sangat disarankan buat mereka yang tidak terjejas gaji akibat pandemik Covid-19. Sekiranya gaji bulanan anda masih cukup untuk menampung kos sara hidup, gunakan pengeluaran i-Citra anda untuk bayar hutang rumah/ pelajaran/ kereta/ motor atau sebarang pinjaman lain.

Langkah ini adalah bagi meringankan beban anda pada masa akan datang dan mengurangkan tempoh bayaran balik pinjaman anda. Bukan itu sahaja, bayaran faedah juga berkurang apabila anda bayar hutang secepat mungkin!

3 Simpan Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

ASB merupakan salah satu pelaburan yang unik kerana ianya berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi iaitu membolehkan pencarum mengeluarkan semula wang ketika diperlukan. Kadar dividen tahunan ASB juga boleh tahan tinggi.

Apabila menyimpan di ASB, sekaligus anda boleh buat pelaburan yang sangat berbaloi.

Rujuk: Cara Mudah Buka Akaun ASB (Daftar di ASNB, Pejabat Pos & Online) Buat Di Rumah

4 Ambil Kursus Persediaan

Anda hilang kerja akibat pandemik Covid-19? Pada masa kini memang susah nak dapat kerja, hanya pekerja yang betul-betul berkemahiran mudah diambil bekerja. Jadi, antara langkah yang boleh anda ambil sebelum masuk kerja baru adalah ambil kursus persediaan untuk mempersiapkan diri meningkatkan kebolehpasaran kerja.

Bila kemahiran dah banyak, lebih mudah anda dapat kerja!

5 Beli Emas

Tidak kisah jika anda beli barang kemas atau ketulan emas, pasti tidak akan merugikan. Harga emas di pasaran sentiasa meningkat. Jadi, anda boleh jadikan emas sebagai pelaburan. Beli emas pada masa harga yang rendah, dan jual semula ketika harga tengah tinggi.

6 Tampung Kos Sara Hidup

Gaji dipotong atau perniagaan kurang memberangsangkan? Antara tujuan utama i-Citra diperkenalkan adalah untuk membantu rakyat meneruskan kehidupan. Jadi anda patut gunakan i-Citra sebaiknya bagi menampung kos sara hidup. Utamakan barang keperluan kemudian baru kemahuan.

7 Sediakan Tabung Kecemasan

Anda dah ada ke belum tabung kecemasan? Jika belum, inilah masanya anda wujudkan tabung kecemasan anda! Tabung kecemasan adalah simpanan yang akan digunakan untuk kecemasan seperti jika anda sakit, diberhentikan kerja atau keadaan di mana anda terputus pendapatan.

Tabung kecemasan ini pasti akan bermanfaat kepada anda suatu hari ini.

8 Berbelanja Untuk Ganjaran Diri

Sekiranya anda merasakan wang pendapatan bulanan anda sudah mencukupi, anda ada simpanan yang kukuh, anda boleh gunakan pengeluaran i-Citra untuk ganjaran diri. Namun, jangan membazir pula.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat pengeluaran i-Citra KWSP jika TIDAK PERLU. Buat pengeluaran jika perlu sahaja kerana simpanan tersebut adalah untuk simpanan masa tua nanti. Gunakan sebaiknya jika ada buat pengeluaran.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma