Senarai Laman Permohonan Jawatan Kerja Kerajaan Setiap Negeri Yang Anda Boleh Daftar & Mohon

Bekerja dalam sektor kerajaan pastinya menjadi impian ramai orang. Pasti ramai sudah tahu, nak dapat tawaran kerja apabila memohon melalui sistem SPA9 agak sukar kerana permohonan yang yang terlalu banyak daripada pelbagai latar belakang calon. Saingan yang terlalu tinggi adalah antara punca calon yang mohon kerja kerajaan melalui SPA9 sukar mendapat penempatan kerja dalam perkhidmatan awam.

Ramai tak tahu sebenarnya selain daripada Sistem Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9), anda juga boleh mohon tawaran kerja sektor perkhidmatan awam melalui laman-laman web permohonan SPA yang disediakan oleh negeri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai laman permohonan jawatan kerja kerajaan yang disediakan oleh setiap negeri.

SENARAI LAMAN PERMOHONAN JAWATAN KERAJAAN SETIAP NEGERI

Berikut adalah senarai pautan bagi laman permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap negeri:

Negeri Perakhttp://spa.perak.gov.my/

Negeri Sarawakhttps://psc.sarawak.gov.my/

Negeri Johorhttps://espaj.johor.gov.my/website

Negeri Kedah https://spa.kedah.gov.my/

Negeri Kelantanhttps://spn.kelantan.gov.my/

Negeri Pulau Pinanghttps://e2psm.penang.gov.my/

Negeri Pahanghttps://espa.pahang.gov.my/

Negeri Selangorhttps://spn.selangor.gov.my/

Negeri Sabahhttps://espans.sabah.gov.my/

Bila dah jumpa jawatan di laman SPA negeri yang ditawarkan sesuai dengan kelayakan dan anda berminat, anda boleh terus mohon secara online melalui website itu terus. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan mula mohon jawatan.

Mudah kan? Mungkin anda masih tiada rezeki mendapat panggilan dari SPA9, tetapi anda mungkin dapat panggilan dari laman SPA negeri. Bila dah daftar, pastikan anda sentiasa buat semakan iklan kekosongan jawatan dan panggilan temuduga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pencari kerja. Jangan pernah putus semangat dalam terus mengejar cita-cita.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma