Tawaran Kursus Jangka Pendek Pusat Warisan Kraf Yayasan Sabah, Elaun & Kemudahan Disediakan
Bumiputera Sabah dipelawa untuk mohon ikuti Kursus Jangka Pendek selama 2- 3 bulan di Pusat Warisan Kraf, Yayasan Sabah bagi tahun 2023 seperti yang ditawarkan. Penawaran kursus adalah percuma kepada anak Sabah yang berkelayakan. Pelbagai kemudahan termasuk elaun sara diri disediakan sepanjang tempoh kursus.
Bagi yang berminat dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KURSUS
- Jenis kursus: Kursus Jangka Pendek
- Anjuran: Pusat Warisan Kraf, Yayasan Sabah
- Tempoh kursus: 2 bulan hingga 3 bulan
- Kadar yuran: Percuma
KURSUS DISEDIAKAN
Berikut adalah antara kursus jangka pendek yang disediakan:
- Asas Ukiran Logam
- Asas Jahitan Sulaman & Kreatif
- Asas Lukisan Fabrik Abstrak
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada peserta kursus ini adalah:
- Asrama
- Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap
- Makan dan Minum Disediakan (Pagi, tengah hari dan malam)
- Elaun sara diri
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Bumiputera Sabah sahaja
- Had umur pelatih 17 hingga 45 tahun
- Keupayaan minimum boleh membaca/ menulis/ mengira
- Golongan E-Kasih/ B40/ berpendapatan bawah RM3,000
- Minat dalam bidang kraf/ keusahawanan
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan bawah:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan kursus ditawarkan, anda boleh hubungi En. Khairil di talian 010 5580018.