Tawaran Kursus Bahasa Inggeris Anjuran INTAN Tahun 2023, Ini Cara Mohon
Perhatian buat penjawat awam gred 11 hingga 41 dan ke atas! Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu akan menganjurkan kursus-kursus Bahasa Inggeris sepanjang tahun 2023 mengikut ketetapan seperti di dalam poster.
Bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, INTAN telah menyediakan kemudahan di mana penjawat awam boleh memohon kursus secara dalam talian. Kemudahan ini bukan saja dapat memudahkan proses permohonan kursus tetapi juga telah menggalakkan lebih ramai lagi penjawat awam untuk mengikuti kursus di INTAN.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.
Isi Kandungan
SENARAI KURSUS DITAWARKAN
Berikut adalah senarai kursus ditawarkan mengikut gred jawatan pegawai:
CARA MOHON KURSUS DITAWARKAN
Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan ingin buat permohonan bagi mengikuti kursus bahasa inggeris, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- Cik Nuraini binti Abd Rahman (Perunding Latihan Kanan) – 03 7966 1407
- Encik Zulfadli bin Ab Rahim (Perunding Latihan) – 03 7966 1408
- Encik Keshavan Kumar Sukumar (Perunding Latihan) – 03 7966 1410
- Puan Sa’diyah binti Ambong (Perunding Latihan) – 03 7966 1409
- Puan Maizura binti Abdullah (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1405
- Encik Mohd Syafiq bin Ghazali (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1406
- Encik Mohd Shahren bin Norazali (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1526
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web www.dtims.intan.my.