Cara Mohon Jawatan Konstabel Polis POS Malaysia Dengan Kelayakan Minima SPM

POS Malaysia Berhad kini sedang membuka peluang penempatan jawatan sebagai Konstabel Polis Bantuan buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan. Permohonan bagi mengikuti temuduga jawatan tersebut boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang permohonan disediakan.

Bagi yang berminat, anda boleh isi borang permohonan secara atas talian selewat-lewatnya 4 September 2022. Calon yang layak akan disenarai pendek dan dihubungi untuk Ujian Fizikal dan Temuduga. Pelbagai faedah yang ditawarkan kepada calon berjaya mendapat penempatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: POS Malaysia Berhad
  • Nama jawatan: Konstabel Polis Bantuan
  • Gaji dan Elaun: RM1,500 hingga RM2,000 (termasuk elaun)
  • Tarikh tutup permohonan: 4 September 2022

FAEDAH DITAWARKAN

Antara faedah ditawarkan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:

  • Gaji, Elaun dan Penjawatan Tetap
  • Kemudahan Rawatan Perubatan
  • Caruman KWSP & Perkeso

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh temuduga
  • Sijil SPM (wajib lulus 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu & Sejarah)
  • Tiada rekod jenayah dan lulus tapisan keselamatan PDRM
  • Mempunyai lesen Kelas D dan B2
  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm (Lelaki) / 157 cm (Wanita)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (Lelaki) / 48 kg (wanita)
  • Ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 81cm/32 inci & 86cm/ 34 inci semasa tarik nafas (lelaki)
  • Tiada masalah penglihatan dan pendengaran

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh isi borang permohonan secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka. Permohonan boldh dibuat dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

Calon yang layak akan disenarai pendek dan dihubungi untuk Ujian Fizikal dan Temuduga. Untuk ebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 019 611 4063.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma