Koleksi Soalan Bahasa Inggeris UPSR Format Baharu Kertas 1 Bahagian A
Untuk makluman semua, format subjek Bahasa Inggeris untuk peperiksan UPSR telah mengalami sedikit perubahan. Jadi, pelajar perlulah cakna dengan perubahan untuk memastikan anda tidak terkeliru semasa peperiksaan nanti.
Perubahan ini mula dijalankan pada tahun 2016 selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerapkan lebih banyak unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar melalui peperiksaan.
Perubahan paling ketara bagi subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR adalah matapelajaran ini dipisahkan kepada dua subjek iaitu Bahasa Inggeris Pemahaman dan juga Bahasa Inggeris Penulisan.
Jika sebelum ini Bahasa Inggeris merangkumi kedua-dua Pemahaman dan Penulisan, kini kedua-dua aspek itu dipisahkan dan menjadi subjek wajib UPSR. Sebelum ini, jumlah matapelajaran UPSR adalah 5 kini bertambah kepada 6 subjek kerana penambahan subjek Bahasa Inggeris Penulisan ini.
Banyak sebenarnya perubahan yang dilakukan ke atas format Bahasa Inggeris UPSR ini tetapi dalam artikel ini kami hanya fokuskan kepada format terkini subjek Bahasa Inggeris Pemahaman untuk Bahagian A sahaja.
Kami bukan sahaja berkongsi tentang format baharu tersebut tetapi kami juga kongsikan contoh soalan bagi subjek Bahasa Inggeris Pemahaman Bahagian A ini. Anda boleh download set-set soalan ini supaya anda boleh membuat sendiri latih tubi seterusnya terbiasa dengan format baharu.
Isi Kandungan
FORMAT BAHARU BAHASA INGGERIS
Berikut adalah serba sedikit perubahan format bagi subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR.
- Terpisah kepada dua subjek iaitu Pemahaman dan Penulisan
- Pemahaman terbahagi kepada dua bahagian iaitu A dan B.
- Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif. Bahagian B pula soalan bertulis ringkas.
- Penulisan terbahagi kepada beberapa seksyen dan melibatkan penulisan esei.
KONSTRUK DALAM BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN BAHAGIAN A
Jika mengikut format dahulu, terdapat 40 soalan subjektif dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi kini jumlahnya dikurangkan kepada 20 sahaja iaitu dalam Bahagian A bagi Pemahaman. Bahagian A menyumbang sebanyak 20 markah buat calon. Berikut merupakan konstruk dalam Bahagian A.
- Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa
- Kemahiran Aplikasi Maklumat
- Kemahiran Kreatif Dan Apresiasi Bahasa
CONTOH SOALAN BAHAGIAN A
Berikut kami kongsikan 4 contoh soalan dalam Bahagian A Pemahaman Bahasa Inggeris UPSR. Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan Bahagian A ini, anda boleh download di bawah.
KOLEKSI SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR PEMAHAMAN BAHAGIAN A
Berikut kami kongsikan Koleksi Soalan Bahasa Inggeris UPSR Format Baharu Kertas 1 Bahagian A. Anda boleh klik pada link di bawah untuk download set soalan tersebut.
Harapan kami adalah semoga dengan perkongsian artikel Koleksi Soalan Bahasa Inggeris UPSR Format Baharu Kertas 1 Bahagian A ini dapatlah memberikan anda maklumat tentang struktur baharu Bahagian A ini di samping dapat memberi manfaat buat anda. Selamat berjaya!