Maksud Kod Tidak Lulus GKP 2.0 & Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan

Tidak lulus permohonan GKP 2.0? Anda boleh buat semakan senarai kod tidak lulus dan dokumen yang perlu disediakan untuk buat rayuan GKP 2.0 nanti.

Semakan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 telah dibuka sejak 27 November lalu. Bagi yang belum buat semakan status permohonan, anda boleh semak DI SINI. Tahniah bagi yang menepati syarat dan lulus permohonan.

Bagi yang tidak lulus permohonan, anda akan diberikan satu KOD TIDAK LULUS dalam membuat semakan status. Kod tersebut adalah penting sebagai rujukan dokumen yang anda perlu sediakan untuk buat rayuan GKP 2.0 nanti.

Semak senarai kod tidak lulus GKP 2.0 dan dokumen yang diperlukan untuk rayuan di bawah.

MAKSUD KOD TIDAK LULUS GKP 2.0 & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai maksud kod tidak lulus GKP 2.0 dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat rayuan:

Kod 01 – Pekerja melebihi 5 orang

  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO/ Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO/ Borang 8A PERKESO/ Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP/ Borang A KWSP/ dokumen sokongan yang berkaitan

Kod 02 – Tiada pendapatan – perniagaan dianggap tidak aktif

  • Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod 03 – Jualan melebihi RM300,000

  • Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod 04 – VIP/ Individu Berprofil Tinggi

  • Pengakuan pemohon/ surat akuan
  • Dokumen sokongan berkaitan

Kod 05 – Tidak berdaftar dengan SSM/ LHDNM/ PBT

  • Sijil Pendaftaran Perniagaan

KOD 04 – SEMAKAN AGENSI TIDAK WUJUD

Ramai juga pemohon yang dapat Kod 04 dengan alasan Semakan Agensi Tidak Wujud. Berikut adalah sebab pemohon tidak layak dan diberikan alasan ini:

  • Tarikh sah lesen/ pendaftaran telah luput – Pemohon gagal perbaharui lesen SSM/ PBT ekoran kekangan PKP/ PKPB/ PKPP
  • Pemohon tidak pernah mengemukakan sebarang dokumen/ penyistiharan cukai kepada pihak LHDNM sepanjang tempoh perniagaan walaupun perniagaan untuk atau rugi
  • Kesilapan teknikal semasa mengisi permohonan GKP 2.0, contohnya salah mengisi nombor pendaftaran perniagaan (SSM/PBT) yang lama, bukan yang terkini (selepas pembaharuan)
  • SSM/ PBT lambat membuat kemaskini maklumat perniagaan anda, LHDNM hanya serap berdasarkan dokumen lama, bukan yang terkini. Maka permohonan anda akan tercicir
  • Pemohon mungkin tersalah isi kod perniagaan/ jenis perniagaan atau perniagaan ada tidak selari dengan maklumat pendaftaran SSM/ PBT

PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 DIBUKA

Pasti sudah tertanya-tanya kan bila permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka? Buat masa sekarang, pihak LHDN masih belum memaklumkan tarikh permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka. Namun anda dikehendaki untuk buat persediaan berikut untuk rayuan GKP 2.0 apabila dibuka nanti:

  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan berdasarkan kod tidak lulus
  • Pastikan SSM anda telah diperbaharui
  • Hubungi LHDNM jika perlukan bantuan atau pertanyaan
  • Buat rayuan jika anda sudah mempunyai maklumat yang jelas dan tepat

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma