Permohonan Bantuan Khas Kecemasan Banjir Buat Mahasiswa Terlibat Banjir

Sukacita dimaklumkan Pusat Islam Sultan Mahmud Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mempelawa pelajar yang terjejas akibat banjir memohon Bantuan Khas Kecemasan Bencana Banjir (Dana Siswa).

Bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban pelajar UMT yang terkesan akibat bencana banjir.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan Bantuan Khas Kecemasan Banjir di bawah.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan bantuan adalah terbuka kepada pelajar Pra Siswazah yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada semua pelajar yang terkesan akibat banjir
  • Keutamaan kepada pelajar B40
  • Mengemukakan dokumen sokongan laporan polis/ rekod pusat penempatan banjir

PERMOHONAN BANTUAN KHAS KECEMASAN BENCANA BANJIR

Permohonan dibuka kepada pelajar yang layak mulai 28 November sehingga 5 Disember 2020. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan:

  1. Log masuk ke MYNEMO
  2. Klik Menu HEPA
  3. Pilih MYIHSAN
  4. Klik PERMOHONAN BARU 
  5. Isi dan kemaskini PROFIL PEMOHON
  6. Pilih DANA SISWA dan isi maklumat berkaitan
  7. Hantar permohonan untuk PENGESAHAN

Pastikan PENYATA AKAUN BANK yang dilampirkan semasa permohonan terdapat maklumat bercetak seperti berikut:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Akaun Bank

Sekiranya pemohon gagal berbuat demikian, permohonan tidak dapat diproses. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, anda boleh hubungi:

  • Seksyen Kesejahteraan Kewangan Pelajar (KEKWA)
    Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
    Tel: 09 – 6684587
    Fax: 09 – 6684909

Permohonan Bantuan Khas Kecemasan Banjir Buat Mahasiswa Terlibat Banjir

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma