KISS Selangor: Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM200 Sebulan

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

JENIS BANTUAN

Peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless). Bantuan diberikan seperti berikut:

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  4. RM200 had bulanan pembelian barangan keperluan asas
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatik

CARA PENGGUNAAN KAD

Penggunaan Kad KISS boleh digunakan dengan langkah berikut:

Kad KISS ini boleh digunakan untuk pemberian barang keperluan di pasaraya berdaftar. Antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan kad ini adalah:

  • Beras
  • Mi dan bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan garam
  • Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Daging, ayam, ikan
  • Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
  • Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
  • Produk tenusu
  • Barangan persekolahan

Rujuk senarai kedai berdaftar DI SINI.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  • Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
  • Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / diverifikasi oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan

CARA DAFTAR

Ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan tetapi belum dapat manfaat KISS ini boleh buat pendaftaran sekarang dengan memuat turun borang pendaftaran yang disediakan atau ambil di:

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

Anda juga boleh muat turn borang pendaftaran di bawah:

BORANG PENDAFTARAN PROGRAM KISS 

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri/ Penyelaras Dewan Negeri/ Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan KISS Selangor, anda boleh terus ke laman web www.kiss.com.my

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma