10 Khasiat Lain Bunga Telang, Bukan Sekadar Bunga Pewarna Semulajadi Nasi Kerabu

Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternateo adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bunga ini digunakan sebagai pewarna kerana kita sering melihat orang gunakan bunga ini sebagai hiasan di halaman luar rumah kerana kecantikannya.

10 Khasiat Bunga Telang, Bunga Pewarna Semulajadi Nasi Kerabu

Jika anda ingin tahu, bunga yang berwarna biru terang ini sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian kegemaran ramai orang iaitu nasi kerabu. Mungkin dahulu bunga ini jarang digunakan dalam masakan kerana ramai yang tidak tahu khasiatnya.

Namun kini bunga ini kembali digunakan kerana sudah ramai yang tahu bahawa bunga ini mengandungi khasiatnya yang tersendiri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui khasiat bunga yang berwarna biru terang ini.

KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG

1.Merawat Bisul

Bagi mengubati bisul caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul anda. Jika anda mengulanginya beberapa kali, anda akan dapati bisul mula mengecut.

2. Meredakan Stress

Perasan tak bila kita tengok warna biru pada bunga telang ni, rasa tenang je kan?Kalau nak tahu, ada sebuah kajian mendapati bunga telang memiliki kesan positif terhadap sistem saraf tunjang dalam melawan stres, depresi, kebimbangan di samping membantu menambah baik tingkah laku kognitif (psikoterapi).

3. Bagus Untuk Rambut

Warna biru indigo pada bunga telang ini juga sebenarnya merupakan petanda bahawa tumbuhan ini mengandungi anthocyanin yang biasa dijumpai di tumbuh-tumbuhan berwarna berpigmen biru dan ungu.

10 Khasiat Bunga Telang, Bunga Pewarna Semulajadi Nasi Kerabu

Untuk rambut, anthocyanin mempunyai peranan penting dalam mempromosikan pertumbuhan rambut yang optimum. Kompaun ini juga dikatakan sangat berguna dalam memulihkan kolagen dalam kulit supaya ia sihat dan bersinar.

4. Bersifat Anti Diabetik

Dalam sebuah kajian tahun 2015 yang diterbitkan menerusi Journal of Applied Pharmaceutical Science, ekstrak bunga telang didapati merendahkan tahap glukos serum pada tikus ujikaji yang berpenyakit diabetes.

Kesan anti-diabetik yang didapati dikatakan setanding dengan ubat glibenclamide yang digunakan untuk mengawal penyakit diabetes atau kencing manis.

5. Bantu Menurunkan Demam

Percaya atau tidak, sebuah kajian mendapati ekstrak bunga telang ini mempunyai efek menurunkan demam (antipyretic) yang setanding dengan paracetamol.

Menurut sebuah artikel tahun 2004 yang diterbitkan melalui jurnal Phytomedicine, pengambilan dos 200, 300 dan 400mg per kilogram telah memberi kesan positif dalam menurunkan suhu badan, di mana ia boleh bertahan selama 5 jam selepas diambil.

6. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Dalam satu lagi penemuan kajian tahun 2010, biji bunga telang serta akarnya yang dikombinasikan dengan herba Vigna mungo menunjukkan penurunan kolesterol, trigliserida serta lipoprotein.

Kombinasi ini membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam diet dan secara tidak langsung mencegah hiperlipidemia, iaitu salah satu faktor risiko terhadap penyakit jantung.

7. Menajamkan Penglihatan

Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Cara untuk menggunakannya adalah dengan rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih rasa esnak, boleh ditambah gula sedikit.

8. Bagus Untuk Kekuatan Otak

Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam menguatkan memori. Bukan itu sahaja, bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.

9. Bantu Cuci Darah

Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semula jadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.

10. Bagus Untuk Detoksifikasi

Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.

Hebat kan manfaat dan khasiat yang dibawa oleh bunga ini? Mungkin anda terkejut apabila membaca kemampuan bunga ini. Bila dah tahu khasiatnya, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian anda. Selamat mencuba!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma