Cara Kesan “Pencuri WiFi” Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini

Bayar bil bulanan mahal-mahal, ada pula yang menumpang senang tanpa berbayar! Memang tidak dinafikan ramai sebenarnya yang buat kerja ini terutama yang duduk di kawasan perumahan ataupun bangunan perumahan. Kadang-kadang inilah antara punca yang menyebabkan internet anda lembab.

Sebenarnya ada cara untuk anda menghalang pencuri WiFi ini dari terus menggunakannya secara percuma. Dah dapat kesan, anda boleh terus delete peranti yang mencurigakan itu. Mudah! Buat secara percuma sahaja menggunakan satu aplikasi di telefon pintar anda. Panduan melalui video juga disediakan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara kesan pencuri WiFi dan terus delete peranti yang tak diundang.

Sebelum itu, jom lihat hukum menggunakan WiFi tanpa izin!

HUKUM MENGGUNAKAN WIFI TANPA IZIN

Sebilangan besar daripada penduduk dunia hari ini bergantung kepada penggunaan internet. Bukan di darat sahaja permintaan menggunakan wifi masih mendapat permintaan ketika berada di udara. Hebat betul impak penggunaan wifi terhadap manusia.

Pendek kata, WIFI dan manusia, berpisah tiada…

Dalam pada itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya memberitahu tidak salah untuk pengguna menggunakan wifi di premis yang memiliki kata laluan namun harus mendapat keizinan pemilik tersebut.

“ Tidak dibolehkan untuk menggunakan wifi yang tidak diletakkan ‘password’ kecuali setelah mendapat keizinan daripada pemilik wifi tersebut.

“ Namun, penggunaan tersebut adalah dibolehkan jika sekiranya kita mengetahui bahawa pemilik wifi tersebut reda dan mengizinkannya,” tulis Dr Zulkifli.

Cara Kesan "Pencuri WiFi" Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini

Sumber

CARA KESAN PENCURI WIFI DENGAN MUDAH

Melalui laman TikTok, seorang pengguna ini kongsikan cara yang paling mudah untuk kesan pencuri Wifi. Ikut langkah berikut:

  1. Buka Play Store/ Apps Store di telefon bimbit anda
  2. Cari Fing-Network Tools/ Scanner dan install di telefon bimbit anda
    Cara Kesan "Pencuri WiFi" Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini
  3. Buka aplikasi tersebut dan klik next sehingga ke laman berikut. Maklumat WiFi yang anda sedang gunakan dipaparkan.
  4. Klik Scan for device untuk lihat peranti yang sedang menggunakan WiFi anda
    Cara Kesan "Pencuri WiFi" Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini
  5. Senarai peranti yang sedang gunakan WiFi anda akan dipaparkan
    Cara Kesan "Pencuri WiFi" Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini
  6. Klik mana-mana peranti yang mencurigakan dan anda dapati pencuri WiFi
  7. Klik Remove device
    Cara Kesan "Pencuri WiFi" Yang Menjadi Punca Internet Anda Lembab. Terus Delete Pengguna Tak Diundang Ini

Siap! Mudah kan? Jangan biarkan orang lain bersenang gunakan internet anda secara percuma sedangkan anda perlu bayar setiap bulan. Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh rujuk caranya melalui video berikut:

@hafizi.zainJom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma