Kesan Ambil Moratorium Pada Tempoh Pinjaman & Jumlah Bayaran Bagi Setiap Bank
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan kehidupan harian orang ramai dan ramai yang terpaksa berehat sebentar daripada bekerja dan dibayar separuh gaji kerana syarikat tidak dapat beroperasi. Memahami masalah rakyat, kerajaan telah memberi pilihan kepada rakyat untuk ambil moratorium bayaran balik pinjaman bank.
Moratorium pinjaman bank akan diberikan kepada orang ramai yang telah membuat permohonan. Namun peminjam perlu memahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman, kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan.
Sesetengah bank akan meningkatkan tempoh pinjaman, dan ada juga bank yang meningkatkan jumlah bayaran bulanan apabila peminjam mampu bayar nanti.
Nak tahu kesan ambil moratorium kepada tempoh pinjaman dan jumlah bayaran pinjaman bank? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
KESAN TERHADAP TEMPOH PINJAMAN & JUMLAH BAYARAN
Peminjam perlu fahami bahawa dengan mengambil bantuan bayaran balik pinjaman:
- Kos pinjaman akan meningkat secara keseluruhan kerana faedah/ keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas bayaran pinjaman yang tertangguh
Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium:
- Hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang
Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan atau apa-apa faedah/keuntungan sepanjang tempoh bantuan.
Ada beberapa situasi yang boleh anda bincangkan dengan pihak bank tentang pelanjutan tempoh pinjaman yang menyebabkan perubahan ansuran bulanan dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda. Macam contoh penangguhan Maybank di bawah:
KESAN MORATORIUM SETIAP BANK
Berikut adalah kesan moratorium kepada peminjam setiap bank:
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menasihatkan bahawa bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.
KELAYAKAN MORATORIUM PINJAMAN BANK
Untuk makluman anda, permohonan moratorium ini dibuka TANPA SYARAT:
- Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan
- Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara AUTOMATIK
- Permohonan dibuka kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40, M40 dan T20 serta usahawan mikro
- TIADA LAGI SYARAT seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan