Peluang Kerjaya Protege Maybank Seluruh Negara Dibuka. Elaun Bulanan RM2,000 Buat Graduan

Maybank Berhad ingin mengalu-alukan graduan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai program PROTEGE Maybank dengan elaun sehingga RM2,000 sebulan.
Graduan yang terpilih untuk Program Protege Maybank (Ready To Work) akan menjalani latihan lapan bulan di tempat kerja di dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.
Bagi graduan yang berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat permohonan.
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: Maybank Berhad
- Nama program: Maybank’s Protege Programme (Ready To Work) (Nationwide)
- Penempatan: Nation Wide, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
- Tempoh program: 8 bulan
APA ITU PROTEGE?
Professional Training and Education for Growing Entrepreneur (PROTEGE) adalah salah satu program di bawah tanggungjawab Korporat Kumpulan Maybank dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kebolehkerjaan siswazah menganggur.
Graduan lepasan Ijazah digalakkan untuk memohon bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran kerja di samping merasai alam pekerjaan yang sebenar melalui program ini.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi pengambilan Protege Maybank tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Sehingga 12 Januari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan PROTEGE Maybank:
- Terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
- Telah menganggur dan masih tidak bekerja
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
- Mempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangat
- Berminat untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran diri
PENGKHUSUSAN BIDANG PEKERJAAN
Graduan daripada bidang berkaitan adalah dipelawa untuk memohon:
- Accounting
- Finance
- Banking/Financial
KELEBIHAN YANG DITERIMA
Antara kelebihan yang disediakan buat peserta adalah:
- Elaun bulanan RM2,000
- Rawatan pergigian
- Sokongan pendidikan
- Pelbagai jenis elaun
- Perubatan
- Pinjaman
- Kemudahan sukan (contoh: gym)
- Waktu bekerja seperti biasa (Isnin – Jumaat)
CARA MEMOHON
Bagi graduan yang berminat, anda boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 12 Januari 2023. Permohonan boleh dilakukan melalui laman cari kerja Maybank yang disediakan. Klik butang berikut untuk permohonan program PROTEGE Maybank:
Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran program Protege Maybank, anda boleh terus ke laman www.maybankjobs.com.