Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Majikan Ini Tawar Gaji RM100K Untuk Jawatan “Sleep Executive”, Anda Hanya Perlu Tidur. Korang Nak Tak?

Oleh Cikgu Shaari • April 16, 2020 • 2 min baca

Majikan Ini Tawar Gaji RM100K Untuk Jawatan “Sleep Executive”, Anda Hanya Perlu Tidur. Korang Nak Tak?
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menarik! Sebuah syarikat dari United Kingdom mencari ‘pekerja’ untuk menyertai kajian tentang tidur berbayar mereka. Jika sebelum ini viral tentang tawaran bayaran RM19K untuk dijangkiti virus COVID-19, kini tawaran RM100k untuk tidur sahaja.

Wah seronoknya kalau banyak kerja macam ni ditawarkan di Malaysia ni. Pasti sentiasa penuh sahaja jawatan ini.

TAWARAN JAWATAN “SLEEP EXECUTIVE”

Dalam satu iklan yang dikeluarkan baru-baru ini, sebuah syarikat pembekal kelengkapan rumah Hillarys daripada United Kingdom membuka jawatan baru sebagai “Sleep Executive” dengan gaji sehingga RM100,000.

Hillarys Sleep Executive

Biar betul? Takkan kerjanya hanya tidur? Kerjanya bukan hanya tidur semata-mata. Eksperimen ini dikatakan akan mengkaji bagaimana cahaya dan bunyi boleh mengganggu tidur anda. Jadi pekerja akan diuji dengan meletakkan pekerja di dalam keadaan tidur yang berbeza.

Majikan Ini Tawar Gaji RM100K Untuk Jawatan “Sleep Executive”, Anda Hanya Perlu Tidur

Menurut penjelasan kajian yang dilakukan, para pekerja ini juga akan dipakaikan alat pengawasan ketika mereka sedang tidur. Bagaimanapun, untuk menjadi salah seorang pekerja yang menyertai kajian ini, mereka yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu.

Walaupun nampak mudah, tetapi mereka yang berminat perlu memberikan sebab kenapa mereka adalah orang yang tepat untuk jawatan tersebut.

Jangan berangan pula untuk cari jawatan ni di Malaysia kerana setakat ini di negara kita masih belum ada syarikat yang menawarkan jawatan ini. Bersyukurlah dengan apa jua kerja yang anda sedang lakukan sekarang kerana itu mungkin yang terbaik untuk anda.

NAK APPLY?

Anda boleh rujuk iklan jawatan Sleep Executive ini melalui pautan berikut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.