Cara Mohon Jawatan Kerani Kewangan Di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Melalui Email

Kolej Poly-Tech MARA mempelawa calon-calon warganegara yang berintegriti, komited dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Kerani Kewangan sepenuh masa di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat.

Individu yang mempunyai kelayakan Sijil/ Diploma dalam bidang Perakaunan atau Pengurusan Perniagaan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh hantar permohonan melalui email selewat-lewatnya 9 Disember 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat
  • Nama Jawatan: Kerani Kewangan (Sepenuh Masa)
  • Penempatan: Batu Pahat, Johor
  • Tarikh tutup: 9 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dibuka kepada calon yang memenuhi syarat lantikan yang dinyatakan seperti berikut:

  • Calon bagi lantikan mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai kelayakan Sijil/ Diploma dalam bidang Perakaunan atau Pengurusan Perniagaan
  • Mempunyai kemahiran dan tahu menggunakan komputer
  • Telah lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19

CARA MOHON

Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:

  • Keterangan Peribadi (Resume) beserta gambar
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan SPM dan Sijil-Sijil Akademik yang berkaitan

Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat email berikut:

  • hr.kptmbp@gapps.kptm.edu.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima panggilan temuduga selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma