Semakan Keputusan SPM 2019 Diumumkan Mac 5 2020 ~ Ini Cara Mudah Buat Semakan Keputusan Anda

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing yang akan diumumkan pada 5 Mac 2020 nanti.

Di bawah merupakan kenyataan media rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia mengenai tarikh semakan keputusan SPM 2019/2020.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS

Untuk semakan keputusan SPM 2019 nanti. Calon SPM 2019 boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan keputusan SPM 2019.

Di tunjukkan juga cara untuk mendapatkan keputusan/result SPM 2019 secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau Semakan Secara Online/Semakan Atas Talian.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019
Tarikh Semakan Jam Semakan

👉5 Mac 2020

👉10 Pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia
MEKANISME SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019
RESULT SPM 2019

Semakan Keputusan SPM Online
Aplikasi Semakan Secara Mobile

👉Aplikasi Mobile e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP)

Semakan Result SPM Secara  SMS

Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888

Contoh: SPM 990527031234 WY001A040 sms ke 15888

Semakan Keputusan SPM 2019 Secara SMS
Sistem aplikasi bagi semakan ringkasan keputusan SPM 2019 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi.
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN
Semakan Keputusan Penuh SPM 2019
Calon SPM Sekolah Calon SPM Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM
KENYATAAN MEDIA KPM
Semakan Keputusan SPM 2019 2020
Di atas merupakan Kenyataan Media Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM yang dikeluarkan khas untuk semakan keputusan SPM 2019.
Baca juga: Syarat AM Kemasukan UPU Lepasan SPM Sesi 2020 Untuk Pelajar Lepasan SPM 2019, 2018 & 2017
Kepada calon SPM 2019, pastikan anda alert dengan setiap hebahan yang dilakukan oleh pihak KPM untuk tidak terlepas setiap hebahan terkini berkaitan peperiksaan anda.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma