Semakan Keputusan SPM 2019 Diumumkan Mac 5 2020 ~ Ini Cara Mudah Buat Semakan Keputusan Anda
Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing yang akan diumumkan pada 5 Mac 2020 nanti.
Di bawah merupakan kenyataan media rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia mengenai tarikh semakan keputusan SPM 2019/2020.
TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS
Untuk semakan keputusan SPM 2019 nanti. Calon SPM 2019 boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan keputusan SPM 2019.
Di tunjukkan juga cara untuk mendapatkan keputusan/result SPM 2019 secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau Semakan Secara Online/Semakan Atas Talian.
| TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019 | ||
| Tarikh Semakan | Jam Semakan | |
|
π5 Mac 2020 |
π10 Pagi |
|
| Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia | ||
| MEKANISME SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 | ||||||||
RESULT SPM 2019
|
||||||||
| Sistem aplikasi bagi semakan ringkasan keputusan SPM 2019 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi. | ||||||||
| Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (β) dan Nombor Angka Giliran tanpa βselangβ dalam ruangan yang tersedia | ||||||||
| Semakan secara online hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN | ||||||||
| Semakan Keputusan Penuh SPM 2019 | |
| Calon SPM Sekolah | Calon SPM Persendirian |
| Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. | Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM |
| KENYATAAN MEDIA KPM |
![]() |
| Di atas merupakan Kenyataan Media Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM yang dikeluarkan khas untuk semakan keputusan SPM 2019. |
| Baca juga: Syarat AM Kemasukan UPU Lepasan SPM Sesi 2020 Untuk Pelajar Lepasan SPM 2019, 2018 & 2017 |
| Kepada calon SPM 2019, pastikan anda alert dengan setiap hebahan yang dilakukan oleh pihak KPM untuk tidak terlepas setiap hebahan terkini berkaitan peperiksaan anda. |

