Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Keputusan PPC Matrikulasi 2021 [Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi]

Oleh Cikgu Shaari • August 4, 2021 • 2 min baca

Semakan Keputusan PPC Matrikulasi 2021 [Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi]
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian buat pelajar Matrikulasi tahun akhir yang berminat mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC). Untuk makluman anda, permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi 2021 boleh buat secara online mulai bulan Februari 2021 lepas.

Calon yang menyertai skim latihan ditawarkan berpeluang mendapat lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) setelah tamat pengajian.

Mulai 4 Ogos 2021, calon yang telah buat permohonan dah boleh buat semakan keputusan kelayakan di laman web yang disediakan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PPC MATRIKULASI 2021

Semakan keputusan kelayakan PPC Matrikulasi 2021 boleh dibuat pada:

  • 4 Ogos 2021 bermula jam 2 petang

Semakan Keputusan PPC Matrikulasi 2021 [Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi]

KELEBIHAN PROGRAM

Program ini menawarkan beberapa kelebihan berikut kepada calon yang layak:

  • Biasiswa Perguruan yang merangkumi semua kos pengajian di universiti beserta elaun sara hidup dan elaun/faedah lain sepanjang perjanjian
  • Calon akan berpeluang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) di United Kingdom/Australian/ New Zealand/ Universiti yang ditetapkan oleh KPM
  • Setelah menamatkan pengajian calon akan berkhidmat dengan Kerajaan dengan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di kolej matrikulasi KPM

PEMILIHAN CALON

Calon akan dipilih berdasarkan panduan berikut:

  • Diperaku UKCG dan temu duga
  • Calon mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan sebanyak 3.5 ke atas dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
  • Memperolehi keputusan minimum Band 4 bagi MUET
  • Sihat tubuh badan
  • Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan pengiraan merit yang akan mengambil kira markah akademik, temuduga dan kokurikulum calon

SEMAKAN KEPUTUSAN PPC MATRIKULASI 2021

Calon boleh menyemak keputusan kelayakan menyertai PPC Matrikulasi pada tarikh dan masa yang ditetapkan melalui laman sesawang berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk soalan lazim Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi di bawah:

Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi KPM 2021 Kini Dibuka

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.