Permohonan UPU 2021/2022 mulai Januari 2021. Ini Keperluan Permohonan Untuk Lepasan SPM, STPM, STAM 2020

Keputusan mesyuarat antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju bahawa permohonan UPU bagi kemasukan Sesi Akademik 2021/2022 bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 akan dibuka pada bulan Januari 2021.

Permohonan UPU untuk sesi 2021/2022 agak berbeza daripada permohonan yang lepas dari segi keperluan dan proses kemasukan.

Baca selanjutnya di perkongsian bawah.

KEPERLUAN PROSES KEMASUKAN KE PROGRAM BERTEMU DUGA DAN UJIAN

Untuk makluman anda, permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2020 bagi program yang mempunyai saringan temuduga dan ujian sahaja akan menggunakan maklumat seperti berikut:

Permohonan UPU 2021/2022 mulai Januari 2021. Ini Keperluan Permohonan Untuk Lepasan SPM, STPM, STAM 2020

Walau bagaimanapun, pemilihan dan penawaran program pengajian Sesi Akademik 2021/2022 masih menggunakan keputusan sebenar lepasan SPM 2020, STPM 2020 dan STAM 2020.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UPU

Permohonan UPU boleh mula dibuat apabila tarikh permohonan diumumkan nanti. Berikut adalah pautan untuk memohon:

Untuk permohonan UPU yang akan dibuka awal tahun hadapan, program pengajian yang bertanda (#) di UPU bermaksud ada Ujian dan Temuduga untuk kemasukan. Hanya permohonan untuk program tersebut sahaja akan menggunakan keputusan percubaan bagi tujuan permohonan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma