Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Kepentingan Akreditasi MQA Terhadap Program Akademik Pelajar, Graduan & Institusi

Oleh Cikgu Shaari • August 2, 2022 • 2 min baca

Kepentingan Akreditasi MQA Terhadap Program Akademik Pelajar, Graduan & Institusi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi yang berhasrat nak sambung pengajian di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di Malaysia, pastikan anda pilih program pengajian yang dapat pengiktirafan MQA! Kenapa pengiktirafan MQA penting? Sebenarnya banyak kelebihan melanjutkan pengajian dengan program yang dapat akreditasi MQA ini.

Jika anda nak semak program pengajian yang diiktiraf MQA pula, anda boleh semak secara online dengan mudah!

Nak tahu apa kepentingan akreditasi MQA terhadap pelajar, graduan dan institusi, rujuk di perkongsian bawah.

KEPENTINGAN AKREDITASI MQA TERDAHAP PROGRAM AKADEMIK

Berikut adalah kepentingan akreditasi MQA terhadap program akademik pelajar, graduan dan institusi yang anda perlu tahu:

Kepada Pelajar

  • Mendapat bantuan kewangan daripada agensi/ badan pembiayaan
  • Membuat pemindahan kredit
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi

Kepada Graduan

  • Peluang lebih luas untuk permohonan pelantikan sektor awam dan agensi kerajaan
  • Kelayakan untuk permohonan keahlian Badan Profesional
  • Pasaran pekerjaan yang komprehensif

Kepada Institusi

  • Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap sesebuah institusi
  • Berpeluang menjalankan program kerjasama dengan institusi lain
  • Sebagai platform kolaborasi/ jaringan antarabangsa

CARA SEMAK STATUS PROGRAM PENGAJIAN

Macam mana nak semak status program pengajian yang dipilih? Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk semak status program pengajian:

Untuk pengetahuan anda, kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang tersenarai dalam eSisraf adalah sehingga Disember 2016 SAHAJA.  Di bawah pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program-program baharu yang mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia tidak lagi dimuat naik dalam sistem ini.

Sebaliknya mulai Januari 2017, semua program baharu boleh dirujuk melalui Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Bagi tujuan pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi dengan menyemak dan mencetak dari eSisraf atau MQR.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.