“Kenapa Mohon Jawatan ini?”. 4 Jawapan Ini Boleh Buat Anda Gagal Temuduga 

“Kenapa mohon jawatan ini”? Nampak mudah betul soalan ini. Sebenarnya soalan mudah macam ni boleh jadi perangkap tau! Jadi calon yang hadir temuduga diminta untuk berhati-hati dalam menjawab setiap soalan. Jangan terlalu jujur, tetapi jangan sesekali menipu. Apa yang perlu anda buat adalah jawab dengan bijak.

Sebab itu penting untuk anda buat persediaan yang secukupnya supaya sesi temuduga yang dilalui nanti berjalan dengan lancar. Jangan berikan jawapan yang bukan-bukan, dan ambil tahu juga contoh jawapan yang sesuai.

Masa temuduga nanti, pastikan anda tidak berikan 4 jawapan yang dikongsikan di bawah jika ditanya sebab anda mohon jawatan tersebut dan ketahui bagaimana nak beri jawapan dengan betul.

4 JAWAPAN YANG BOLEH BUAT ANDA GAGAL

Jika ditanya “kenapa anda mohon jawatan ini”, jangan berikut 4 jawapan tersebut:

1 “Saya baru habis belajar dan masih belum ada hala tuju lagi. Jadi saya mohon jawatan ini dan ingin menimba pengalaman baru”

Jawapan ini adalah jawapan yang pastinya menjerat calon itu sendiri. Ini kerana penemuduga atau majikan pastinya akan merasakan suatu hari nanti calon yang diterima bekerja disyarikat tersebut akan berhenti kerja dan pergi dari syarikat bila-bila masa sahaja yang calon mahukan. Ini membuatkan majikan akan fikir berkali-kali sama ada ingin mengambil calon ini untuk bekerja atau pun tidak.

2 “Saya dah menganggur setahun dah. Jadi saya try lah mohon kerja disini. Tiba-tiba dapat. Jadi saya datang je lah interview. Mana tahu dapat. Kerja je lah”

Calon yang lama menganggur ini biasanya hendak bekerja kerana mahukan gaji untuk menampung sumber kewangannya seperti membayar duit sewa rumah, loan kereta dan lain-lain. Jika calon memberikan jawapan ini kepada penemuduga, ia memberikan satu pandangan yang buruk penemuduga kepada calon. Lagipun jawapan yang diberikan kepada penemuduga bukanlah jawapan yang tepat diberikan kepada mereka kerana mereka hanya ingin tahu kenapa anda mahukan jawatan yang diiklankan sahaja. Jika anda memberikan jawapan ini, majikan akan bertanya pula mengapa anda menganggur dalam tempoh masa yang panjang pula dan semakin lama semakin besar persoalan majikan terhadap anda. Berhati-hati ketika memberikan jawapan anda.

3 “Saya dah lama sangat kerja di Syarikat ABC Sdn Bhd. Jadi saya rasa macam tak ada apa-apa perubahan. Boring juga kerja dengan persekitaran yang macam tu”

Jawapan ini menunjukkan anda jenis yang mudah bosan dengan sesuatu pekerjaan atau tidak boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sesebuah syarikat. Jadi anda tidak boleh bertahan dengan lama dan akan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bila-bila masa sahaja. Anda rasa majikan nak ke ambil calon begini untuk bekerja dalam tempoh masa yang panjang untuk syarikatnya?

4 “Saya tak suka kerja ditempat lama tu. Bossnya pilih kasih. Semua orang buat kerja betul. Saya semua salah”

Ini betul-betul jerat buat anda jika anda menjawab soalan dengan jawapan begini. Majikan belum tentu percayakan anda kerana jawapan yang diberikan menunjukkan anda sebenarnya yang bermasalah. Bukan orang lain.

CONTOH JAWAPAN YANG SESUAI

Jika jawapan di atas tadi salah, macam mana pula jawapan yang sesuai? Anda boleh lihat contoh di bawah:

Contoh 1

Untuk pengetahuan tuan, saya sangat berminat dengan jawatan ini. Saya akan menyumbangkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya ada untuk maju bersama syarikat. Malahan, saya juga dapat mengembangkan profesion kerjaya saya dengan lebih tinggi.

Contoh 2

Syarikat ini mempunyai strategi marketing yang sangat kreatif untuk menarik pelanggan dan mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat yang lain. Apa yang saya lihat, segala kemahiran dan kelebihan yang saya ada akan membuatkan syarikat ini lebih maju dan berkembang jauh dari semasa ke semasa. Inilah sebabnya saya mahukan jawatan ini agar kita bersama-sama berjaya ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma