Kenapa Graduan Gagal Dapat Kerja? Ini 5 Puncanya Berdasarkan Kaji Selidik Majikan. Baca & Fahamkan

Seringkali kita dengar masalah graduan lepasan universiti sukar untuk  mendapatkan pekerjaan. Isu ini bukan lagi perkara yang baharu. Kadang kala isu ini bukan disebabkan oleh majikan yang tidak mahu mengambil graduan bekerja, tetapi kelayakan serta tahap pendidikan graduan itu sendiri yang tidak memenuhi keperluan majikan.

Baca juga: Senarai 10 Jurusan Pengajian Yang Sukar Dapat Kerja. Semak Untuk Permohonan UPU Kali Ini

Di pihak kerajaan pula, pelbagai inisiatif diwujudkan bagi menyelesaikan masalah ini. Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran graduan untuk masuk ke pasaran kerja, namun selepas tamat latihan mereka kembali menganggur.

Bagi mengetahui perspepsi majikan terhadap graduan, Jobstreet telah mengambil inisiatif menjalankan satu kaji selidik yang bertajuk ”Employer Perception of Fresh Graduate Survey”.

5 SEBAB GRADUAN GAGAL DAPAT KERJA

Ketahui lima punca kepada graduan gagal mendapat pekerjaan berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.

1 Memohon Gaji Atau Faedah Yang Tidak Realistik (68%)

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, graduan yang memohon gaji atau faedah yang tidak relevan dengan pengalaman mereka adalah faktor utama yang menyebabkan majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada para graduan.

Bagi Graduan yang ingin memohon kerja dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual gaji pekerja yang biasa digunakan oleh majikan bagi jawatan yang dipohon bagi mengelakkan majikan merasakan anda meminta gaji yang tinggi. Kebiasaanya majikan akan manawrkan gaji mengikut tahap pengalaman yang dimiliki pemohon.

Jika anda tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon, anda perlu semak tahap gaji permulaan mengikut tahap pendidikan dan kursus pengajian seperti mana yang disenaraikan dalam iklan oleh majikan.

2 Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris

Semua tahu bahawa Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa penting di dunia. Majoriti syarikat menggunakan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi terutamanya bagi syarikat-syarikat besar yang banyak berurusan dengan klien dari luar negara.

Jika anda berhasrat untuk bekerja dengan syarikat besar, penguasaan Bahasa Inggeris adalah perkara yang paling utama. Perniagaan yang merentasi sempadan ini diwujudkan bagi kolaborasi bertujuan untuk mengembangkan perniagaan syarikat.

Jika anda pernah menghadiri temuduga di syarikat-syarikat swasta, anda sendiri akan sedar bahawa mereka akan menggunakan bahasa Inggeris dalam temuduga. Dari situlah mereka menilai penguasaan Bahasa Inggeris kita dari segi keyakinan dan percakapan.

3 Memilih Pekerjaan dan Syarikat (60%)

Menurut kajian satu laman carian pekerjaan, hanya 3 jenis bidang pengajian yang hampir kesemua graduannya dapat pekerjaan dalam bidang yang sama selepas tamat belajar iaitu bidang Juru ukur bahan, Kejururawatan dan Kejuruteraan.

Jadi graduan hanya ingin memilih kerja yang sama dengan bidang pengajian, maka pilih 3 bidang ini. Jika anda jenis yang tidak kisah untuk bekerja di luar bidang, maka anda akan lebih mudah mendapat kerja.

4 Lemah Dalam Berkomunikasi (60%)

Contoh Situasi: Zainab, seorang graduan dalam bidang perakaunan, menghadiri temuduga di sebuah firma perakaunan terkemuka. Semasa temuduga, Zainab kurang jelas dalam menyampaikan pemikirannya dan sering kali teragak-agak dalam menjawab soalan. Kemahiran komunikasi yang lemah ini menyebabkan majikan merasa Zainab tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Setiap majikan pasti memerlukan graduan yang mahir berkomunikasi bagi memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Kurang keyakinan dalam berkomunikasi adalah penyebab utama graduan memperolehi pekerjaan.

Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi sukar untuk graduan dipandang majikan kerana skil komunikasi graduan ini dilihat daripada temuduga yang dijalankan.

5 Tiada Personaliti Dan Karakter Yang Menyakinkan (59%)

Tidak dinafikan semua majikan akan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sesi temuduga dari segi kekemasan berpakaian, cara berjalan, cara bercakap dan sebagainya.

Personaliti yang baik akan menyedapkan mata majikan untuk mengambil kita bekerja dan lebih yakin terhadap diri kita.

Contoh Situasi: John, seorang graduan dalam bidang pengurusan perniagaan, menghadiri temuduga di sebuah syarikat korporat. John hadir dengan berpakaian tidak kemas, kelihatan tidak berminat, dan tidak menunjukkan keyakinan. Personaliti dan karakter John yang tidak menyakinkan menyebabkan majikan memutuskan untuk tidak mengambilnya bekerja.

Baca: 8 Tips Penting Permohonan Kerja Melalui Emel Supaya Resume Tak Kena ‘Reject’

Setelah membaca 5 perkongsian ini, adakah anda termasuk dibawah kategori yang disenaraikan di atas?

Jika ya, pastikan anda berusaha mengubah diri anda jika anda mahu mudah mendapat pekerjaan. Semua masalah ini boleh diatasi sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri demi untuk masa depan yang lebih cerah.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma