RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) • RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •

MINDEF Umum Kenaikan Elaun Sara Hidup Veteran ATM Yang Tidak Berpencen

Oleh Cikgu Shaari • September 23, 2022 • 2 min baca

MINDEF Umum Kenaikan Elaun Sara Hidup Veteran ATM Yang Tidak Berpencen
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah meluluskan cadangan untuk menaikkan Bantuan Sara Hidup untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen sebanyak RM100. Perkara ini sudah dibawa untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan yang sejajarnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MINDEF juga telah menyelesaikan kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia dilaksanakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan kadar kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup Veteran ATM terlibat.

VETERAN ATM TERLIBAT

Seperti diumumkan, kenaikan elaun Bantuan Sara Hidup ini adalah melibatkan:

  • Veteran ATM yang tidak berpencen

KADAR KENAIKAN ELAUN BSH

Mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian, MINDEF turut telah memajukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk meluluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 seperti berikut:

  • daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan (Kenaikan RM100)

Menurut Hishammuddin, pihak kementerian sentiasa mengambil berat akan kebajikan para veteran ATM terutama yang tidak berpencen dan beliau akan kongsikan perkembangan terkini berkaitan usaha dan inisiatif yang saya dan kepimpinan MINDEF sedang usahakan bagi terus menambah baik kebajikan para Veteran ATM.

2 PENAMBAHBAIKAN YANG DIUMUMKAN

Pada Julai lalu, beliau telah umum dua penambahbaikan sekaligus memenuhi dua daripada lima kemahuran utama Veteran ATM.

  • Pertama, penambahbaikan pencen terbitan, dan
  • kedua, panel penasihat bagi mempertimbangkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai Veteran ATM.

MINDEF sentiasa berusaha bertungkus lumus demi membela kebajikan Veteran ATM dengan sebaik mungkin. Perkembangan dan hasil usaha ini akan saya umumkan dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, sekali lagi saya hendak ingatkan semua bahawa kemahuan Veteran ATM tidak hanya melibatkan perancangan di peringkat MINDEF sahaja, tetapi turut melibatkan perihal kewangan dan pentadbiran awam yang memerlukan pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Maka kerajaan akan terus berhubung dengan Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa bagi memastikan harapan kita ini dapat insyaAllah dipenuhi.

PENDAFTARAN JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Juga penting untuk kerajaan ingatkan, bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), segeralah mendaftar agar setiap inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Marilah kita sama-sama doakan, semoga setiap usaha MINDEF berkaitan kebajikan Veteran ATM serta ahli keluarga mereka dipermudahkan. InsyaAllah.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.