Kerajaan Umum Kemudahan Pinjaman Laptop Kepada Peminjam PTPTN Kategori M40

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod ketika menghadiri Majlis Perasmian Semarak Patriotik IPT 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 15 September telah umumkan beberapa peluasan inisiatif yang bakal memberi manfaat kepada pelajar IPT  yang merupakan peminjam PTPTN.

Ramai merasakan tahun ini, adalah lebih mencabar. Apa yang ramai rakyat risaukan adalah gelombang kos sara hidup 2022. Bukan sahaja isi rumah, pelajar IPT juga antara yang terkesan dengan inflasi yang melanda negara ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengumuman peluasan insiaitif kepada pelajar IPT golongan M40 oleh kerajaan.

PELUASAN INISIATIF KEPADA PELAJAR IPT GOLONGAN M40

Kerajaan telah umumkan beberapa inisiatif kepada pelajar IPt golongan M40 seperti:

  • Kenaikan peratusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mahasiswa golongan M40 kategori M1 daripada 75 peratus kepada 100 peratus.
  • Kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40
  • Perluasan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap universiti selepas mahasiswa dijadualkan menjalani semester baharu

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.

“Kalau dulu pinjaman (PTPTN) kepada (mahasiswa) M40 (kategori) M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.

“Seterusnya adalah untuk laptop, kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.

MAKSUD GOLONGAN M40

Jikalau gaji dan pendapatan isi rumah keluarga anda RM4,851 sebulan dan ke atas, anda tersenarai dalam kumpulan M40.

Golongan M40 Malaysia Kumpulan pertengahan ini adalah kalangan yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan untuk tahun 2022

“BANYAK LAGI AKAN DIUMUMKAN UNTUK MAHASISWA”

“Mahasiswa sekalian, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan anda semua. Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan merealisasikan masa depan lebih gemilang untuk semua mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma