Terkini: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Lebih ramai yang menerima suntikan vaksinasi lengkap, lebih ramai yang dilindungi daripada jangkitan yang lebih teruk, beban kepada sistem kesihatan awam akan berkurang dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang dapat dibuka secara berperingkat, dan kita dapat keluar dari pandemik ini dengan lebih teratur dan selamat.
Kerajaan pada hari ini telah mengumumkan sedikit kelonggaran SOP individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap. Pasti ramai yang tidak sabar kan nak tahu kemudahan tersebut? Terutama berkenaan kebenaran rentas daerah dan negeri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai kelonggaran SOP buat individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.
Isi Kandungan
SENARAI KEMUDAHAN UNTUK INDIVIDU LENGKAP VAKSIN
Negeri Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3 PPN (semua negeri)
i) Dibenarkan rentas daerah & Negeri kepada:
- Pengembara yang pulang atau tiba dari luar negara
- Pasangan suami isteri jarak jauh
- Ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun
ii) Dibenarkan beribadah di surau, masjid dan rumah ibadat agama lain
Negeri Fasa 2 dan Seterusnya
Bagai negeri di Fasa 2 dan seterusnya, dibenarkan:
- Rentas daerah dibenarkan
- Dine In dibenarkan (bila perlu)
- Aktiviti sukan tanpa sentuhan
- Pelancongan dalam negeri
GARIS PANDUAN RENTAS DAERAH/ NEGERI
KRITERIA LENGKAP VAKSIN
Antara kriteria individu yang telah lengkap vaksin dan akan menikmati kemudahan ini adalah:
- Bagi vaksin jenis 2 dos suntikan: Mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan
- Bagi vaksin jenis 1 dos suntikan: Mesti melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan
STATUS FASA PPN TERKINI
Fasa 1
- Kedah
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
Fasa 2
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Perak
- Penang
- Sabah
Fasa 3
- Perlis
- Sarawak
- Labuan
Sebarang maklumat lanjut berkenaan kelonggaran SOP bagi individu yang telah lengkap 2 dos akan dikemaskini dari masa ke semasa. Buat masa ini, orang ramai diminta untuk snetiasa berwaspada walaupun telah lengkap 2 dos vaksin kerana itu bukan bermakna anda kebal! Anda masih WAJIB menurut semua SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan mengekalkan penjarakan sosial apabila berada di luar.