Cara Mohon Tajaan Insuran Perjalanan Ke Luar Negara Setiap Tahun Untuk Penjawat Awam

Ramai penjawat awam yang tak tahu manfaat ini! Kerajaan telah menyediakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara atas urusan persendirian. Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah dilantik sebagai syarikat penanggung insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan awam yang berada di luar negara atas urusan persendirian.

Kenapa nak sia-siakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini? Lakukan perjalanan ke luar negara setiap tahun dan anda boleh ambil insurans yang paling premium untuk perlindungan yang maksima! Anda boleh buat tuntutan balik atas insurans yang dibeli apabila pulang nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan perlindungan insurans kesihatan bagi perjalanan ke luar negara dan cara buat tuntutan.

PERATURAN TUNTUTAN

Pegawai Perkhidmatan Awam yang akan keluar negara boleh menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut peraturan-peraturan berikut:

  • Secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan resit berkaitan
  • Kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara yang dilawati
  • Pegawai yang membuat tuntutan bayaran balik premium dianggap telah menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/ negara ketiga atas urusan persendirian

CARA MOHON TAJAAN INSURAN PERJALANAN KE LUAR NEGARA

Berikut adalah panduan buat tuntutan tajaan insurans perjalanan ke luar negara :

  1. Isi permohonan cuti di hrmis
  2. Isi permohonan perjalanan ke luar negara melalui laman web khas SPPKN (https://sppkn.moh.gov.my/)
  3. Beli insurans sendiri (beli yang premium supaya coverage dan benefit yang banyak)
  4. Setelah pulang bercuti, kemukakan tuntutan ke bahagian kewangan

Tuntutan mestilah dibuat dengan dokumen berikut:

  • Invois/ Resit insurans perjalanan
  • Surat kelulusan SPPKNJKN (Boleh dicetak)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan penyata bank

Selepas ini penjawat awam yang nak bercuti atau lakukan perjalanan ke luar negara boleh lah ambil perlindungan premium tanpa memikirkan kos pembayaran! Ini adalah salah satu hak anda, jadi tuntutlah dan ambil peluang untuk pergi melancong setiap tahun.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma