Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2021

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2021 kini dibuka secara atas talian melalui laman web yang disediakan.

Permohonan adalah dipelawa kepada Pelajar Tahun 6 yang telah menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ATAU yang berdaftar bagi menduduki PKSK bagi negeri-negeri yang belum melaksanakan PKSK serta berminat memasuki sekolah yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu tahun 2021.

SENARAI SEKOLAH

Kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT sebagaimana berikut:

  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
  • Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Marang

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT Tahun 2021:

  • LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – Ibu atau bapa lahir di Terengganu; ATAU
    – Ibu bapa telah bermaustatin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu
  • Lulus dalam sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan bertulis (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan dan doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit
  • Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan- penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan

Untuk makluman, pada tahun 2021 pihak Yayasan Terengganu juga akan membuka satu Kelas Tahfiz Mandarin bagi memberi peluang kepada calon-calon yang berminat dengan Bahasa Cina di SMIYT terpilih.

Syarat kemasukan ke Kelas Tahfiz Mandarin ini adalah sama sebagaimana syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT Tahun 2021 sebagaimana dinyatakan di atas. Pemohon yang berminat boleh membuat pilihan bagi mengikuti Tahfiz Mandarin ini semasa sesi temuduga kemasukan kelak.

KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN SMIYT MARANG

Yayasan Terengganu telah melaksanakan Program Khas Tahfiz Mandari bermula tahun 2020 bagi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Tawaran dipelawa kepada pelajar Tahun 6 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK (C) atau calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina yang berminat untuk mengikuti Program Khas Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang SAHAJA sebagaimana syarat du bawah.

Syarat Kemasukan

  • LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    – Ibu atau bapa lahir di Terengganu; ATAU
    – Ibu bapa telah bermaustatin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu
  • Lulus dalam sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan bertulis (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan dan doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit
  • Bersetuju menerima penempatan di SMIYT Marang
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan

CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 JANUARI 2021. Semakan permohonan panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berikut:

Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana dinyatakan di atas.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

  • Pengarah
    Yayasan Terengganu
    Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail
    20200 Kuala Terengganu, Terengganu,
    (u.p: Bahagian Pengurusan Imtiaz)
  • Tel: 09 622 1733
  • Emel: info@yt.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma