Permohonan Kemasukan Ke Tadika Islam MAIWP Kuala Lumpur & Putrajaya Sesi 2021

Permohonan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi sesi 2020 akan dibuka mulai 17 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020.

Untuk makluman anda, Tadika Islam MAIWP mengguna pakai kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) dan program tambah nilai MAIWP iaitu Al-Quran, Bahasa Arab & Pendidikan Islam.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mempelawa ibu bapa yang berminat untuk mengisi permohonan kemasukan ke tadika secara online.

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah:

  • Ibu/bapa/penjaga dan anak adalah warganegara Malaysia.
  • Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Pendaftaran Pra Sekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari tahun 2016 hingga 3 Januari 2017.
  • Pendaftaran Pra Sekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada Januari tahun 2015 hingga 3 Januari 2016.
  • Sihat tubuh badan; tidak mengalami penyakit kronik/kritikal.
  • Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.

SYARAT TAMBAHAN

Syarat tambahan untuk kemasukan ke Tadika Islam Sulaimaniyyah Putrajaya adalah:

  • Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00.
  • Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP.
  • Murid yang berjaya dalam ujian penilaian akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh ujian.
    – Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat tadika melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid dan keputusan adalah muktamad.
    – Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai abang/kakak yang bersekolah di Tadika Islam Sulaimaniyyah.

CARA MEMOHON

Permohonan hanya dibuka pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan sahaja iaitu bermula 17 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

Ibu/bapa/penjaga hendaklah mengisi borang  permohonan kemasukan dengan lengkap dan melampirkan semua dokumen yang diperlukan kepada pihak sekolah. Kegagalan menyediakan dokumen tersebut menyebabkan permohonan ditolak.

Status permohonan akan dimaklumkan 2 minggu selepas tarikh tutup.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan:

  • Borang Permohonan Kemasukan.
  • Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • Satu salinan penyata gaji/ Pencen/ Perkeso ibu dan bapa/Penjaga terkini.
  • Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada slip gaji/bekerja sendiri/tidak bekerja.
  • Satu (1) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi)
  • Satu salinan cukai pintu/bil utiliti kediaman semasa
  • Satu sampul surat bersaiz (114mmx141mm) yang dialamatkan dengan alamat sendiri dan ditampal dengan setem RM1.00 (untuk tujuan penyampaian keputusan permohonan.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi salah satu cawangan MAIWP berikut:

  • Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Tingkat 8 Bangunan PERKIM, No. 150 Jalan Ipoh
    Tel: 03 40479 444 / 597 / 599
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
    Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
    No.3 Jalan Tun Razak,
    62100 Putrajaya
    Tel: 03 8871 50000

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma