Tawaran Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda UPSI Ambilan Mac 2023 Dibuka

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuka permohonan untuk kemasukan ke Program Diploma dan Sarjana Muda ambilan ke-2 sesi 2022/2023 bagi lepasan SPM dan STPM/ Diploma/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di UPSI.

Untuk ambilan yang dibuka ini, pemohon tidak perlu memohon melalui laman UPUOnline sebaliknya hanya menggunakan laman permohonan UPSI. Calon yang ingin buat permohonan mestilah membuat pembelian Bitara ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk akses ke laman permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Program Diploma & Sarjana Muda UPSI ambilan sesi 2 2022/2023 dibuka pada:

  • Program Diploma: 17 Oktober hingga 20 November 2022 (mulai 12 tengahari)
  • Program Sarjana Muda: 1 November hingga 11 Disember 2022 (mulai 12 tengahari)

BITARA ID

Pemohon mesti membuat pembelian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia Mulai tarikh permohonan dibuka untuk akses sistem permohonan.

  • Bitara ID Diploma – RM26.00
  • Bitara ID Sarjana Muda: RM26.00

SENARAI PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program pengajian Diploma dan Sarjana Muda di UPSI yang ditawarkan:

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan kemasukan ke UPSI:

Kemasukan Program Diploma

  • Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai no. Kad Pengenalan/ MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan
  • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM

Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda

  • SPM
    Memiliki SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia kertas Julai diambil kira
    DAN
  • STPM
    Lulus Peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am
    ATAU
  • Matrikulasi
    Luus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UKM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
    ATAU
  • STAM
    Mendapatkan sekurang=kurangnya Pangkat Jayyid dalam STAM
    ATAU
  • Diploma (UA/ Politeknik)
    Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ ILKA/ IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat Khas proram mengikut jenis program yang ditawarkan di UA
    ATAU
  • MUET
    mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam MUET untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan bagi program yang anda mahu, anda boleh buat permohonan melalui laman UPSI berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian dan alamat berikut:

  • Unit Promosi dan Kemasukan
    Bahagian Hal Ehwal Akademik
    Universiti Pendidikan Sultan Idris,
    35900 Tanjong Malim, Perak
  • Tel: 015-4879 7982 / 7872 / 7992
  • Emel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma