Calon Guru Bagi Pengambilan One-Off Yang Hadir Temuduga Diminta Kemaskini Maklumat Vaksinasi

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka pengambilan khas calon guru secara one-off secara besar besaran buat graduan di seluruh negara. Seramai 8,120 guru baharu daripada pengambilan ini yang berjaya dalam temuduga telah mendapat penempatan masing-masing.

Namun masih ada calon yang belum mendapat penempatan kerana baru selesai urusan temuduga. Tahniah buat calon guru dalam kalangan graduan yang telah berjaya tapisan sehingga ke peringkat temuduga! Kini, anda diminta untuk kemaskini maklumat vaksinasi anda dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengemaskinian maklumat vaksinasi bagi calon guru pengambilan secara one-off yang telah hadir temuduga.

TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT VAKSINASI

Calon guru yang telah hadir temuduga diminta untuk kemaskini maklumat vaksinasi masing-masing sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh kemaskini: 18 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022

KEMASKINI MAKLUMAT VAKSINASI

Pengemaskinian maklumat vaksinasi boleh dibuat dalam tempoh ditetapkan. Anda diminta untuk mengemaskini maklumat vaksinasi dan muat naik sijil vaksinasi yang diperolehi daripada MySejahtera.

Kemaskini maklumat vaksinasi boleh dibuat di laman berikut:

Rujuk: Panduan Cetak Sijil Vaksinasi Di MySejahtera

Pastikan anda kemaskini maklumat vaksinasi seperti yang diminta selewat-lewatnya 25 Februari 2022 untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah tawaran jawatan nanti.

Sistem sedang diuji. Calon perlu sekurang-kurangnya mendapat vaksin kedua bagi membolehkan muat naik sijil vaksinasi. Terdapat ralat pada modul muat naik sijil vaksin. Sila kembali untuk memuat naik sijil vaksin.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan guru secara one-off, anda boleh hubungi Unit Ambilan Guru Cawangan Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03 8884 7720/ 7724/ 7145.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma