Pelanggan BSN Diminta Kemaskini Maklumat Sebelum 30 September Untuk Elakkan Gangguan
Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat terkini sebelum 30 September 2022 di mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian dinyatakan.
Tujuan utama pengemaskinian makluman ini adalah untuk memastikan maklumat pelanggan lengkap dan terkini, memudahkan pihak Bank menghubungi pelanggan (jika perlu). Anda dinasihatkan untuk kemaskini maklumat dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengemaskinian maklumat pengguna BSN.
Isi Kandungan
INDIVIDU YANG PERLU KEMASKINI MAKLUMAT
Individu yang perlu membuat pengemaskinian maklumat adalah pelanggan BSN yang masih BELUM mengemas kini maklumat berikut:
- Kad Pengenalan (MyKad/ MyPR/ MyKas)
- Alamat Tetap/ Alamat Surat- menyurat
- No. Telefon
- Nama majikan
TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT
Seperti yang dimaklumkan, individu berkenaan diminta untuk kemaskini maklumat selewat-lewatnya pada:
- Sehingga 30 September 2022
Pelanggan yang gagal mengemaskini maklumat mereka dalam tempoh ditetapkan akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara waktu dan tiada perubahan pada baki akaun sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan.
Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil. Penggunaan kemudahan ATM dan Perbankan Internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan oleh anda.
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT BSN
Pengemaskinian Maklumat Pelanggan tidak boleh dilakukan melalui laman Web MyBSN. Ia boleh dilakukan di Cawangan BSN ataupun melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN mengikut jenis maklumat seperti berikut:
Pengemaskinian nombor telefon perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi Perbankan yang melibatkan kewangan seperti TAC dan BOSS CODE. Pelanggan perlu hadir ke Cawangan BSN dengan mengemukakan Kad Pengenalan untuk tujuan pengemaskinian nombor telefon masing-masing.