Mohon Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Untuk Peluang Kerjaya Lebih Cerah

Majlis Belia Malaysia lancarkan program PROKENS bagi membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Program latihan ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk melatih anak muda dengan kemahiran kebolehpasaran bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Mohon Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Untuk Peluang Kerjaya Lebih Cerah

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program PROKENS beserta cara membuat permohonan penyertaan.

MAKLUMAT PROGRAM

Program bermula September sehingga November yang merangkumi empat zon iaitu:

  • Zon Tengah – Selangor(Selangor, KL, Putrajaya)
  • Zon Selatan -Melaka(Melaka, Johor,N.Sembilan)
  • Zon Utara – Kedah(Perlis,Kedah,P.Pinang,Perak)
  • Zon Borneo -Sabah(Sabah,WP.Labuan,Sarawak)

Biasiswa akan disediakan bagi peserta yang layak. Biasiswa adalah meliputi yuran pengajian, kit peserta, sijil makan dan minum dan lain-lain.

Peserta berpeluang mendapatkan geran Agropreneur Muda bagi yang berkelayakan.

INTIPATI PROGRAM

Program ini meliputi:

  • kemahiran insaniah (soft skills),
  • kemahiran digital,
  • temuduga,
  • bimbingan kerjaya,
  • keusahawanan dan
  • kepimpinan

KRITERIA PESERTA

Antara kriteria yang diperlukan untuk penyertaan program adalah:

  • Berumur 19 – 26 tahun
  • Pendidikan: Sijil hingga Sarjana Muda
  • Tidak berkerja
  • Atau bekerja dibawah gaji kelayakan akademik
  • Atau berkerja sambilan
  • Perkumpulan belia B40, Wanita, Orang Kurang Upaya atau Minoriti

CARA MEMOHON

Belia yang berminat boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu 28 Ogos 2020. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ajukan pertanyaan ke WhatsApp 0182322761 atau hubungi salah satu talian 03-91732761(Pejabat), 018-2322761 (Ameer) atau 106-2861300 (Alia).

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma