Mohon Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Sesi 2021 Untuk Peluang Kerjaya Lebih Cerah

Majlis Belia Malaysia lancarkan program PROKENS bagi membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Program latihan ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM)  disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk melatih anak muda dengan kemahiran kebolehpasaran bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program PROKENS beserta cara membuat permohonan penyertaan.

MAKLUMAT PROGRAM

Program selama 3 hari secara atas talian atau fizikal (tertakluk kepada perubahan) dibuka bagi siri berikut:

  • Siri 4: 28 – 30 Mei 2021
  • Siri 5: 25 – 27 Jun 2021

BIASISWA DISEDIAKAN

Biasiswa akan disediakan bagi peserta yang layak. Biasiswa adalah meliputi:

  • Yuran pengajian
  • Kit peserta
  • Sijil
  • Makan dan minum dan lain-lain

Peserta berpeluang mendapatkan geran Agropreneur Muda bagi yang berkelayakan.

INTIPATI PROGRAM

Program ini meliputi:

  • Kemahiran insaniah (soft skills)
  • Penulisan Resume
  • Strategi memohon kerja
  • Kemahiran digital
  • Strategi Temuduga
  • Bimbingan kerjaya
  • Keusahawanan dan
  • Kepimpinan

KRITERIA PESERTA

Antara kriteria yang diperlukan untuk penyertaan program adalah:

  • Berumur 19 – 26 tahun
  • Pendidikan: Sijil hingga Sarjana Muda
  • Tidak berkerja lebih 8 bulan
  • Atau bekerja dibawah gaji kelayakan akademik
  • Atau berkerja sambilan

PENDAFTARAN DIBUKA

Belia yang berminat boleh buat pendaftaran sebelum pendaftaran ditutup iaitu apabila penuh. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ajukan pertanyaan ke WhatsApp 0182322761 atau hubungi salah satu talian 03-91732761(Pejabat), 018-2322761 (Ameer) atau 106-2861300 (Alia).

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma