5 Kemahiran Yang Graduan Perlu Kuasai Sebelum Masuk Alam Pekerjaan

Nama pun “fresh graduate” memang logik lah jika masih tiada pengalaman bekerja. Jika ada pun, pasti pengalaman kerja yang biasa-biasa sahaja selepas SPM. Contohnya yang ramai lepasan SPM buat adalah bekerja di pasaraya. Namun cukupkah sekadar masukkan pengalaman tersebut sahaja?

Biasanya Majikan tidak mahu lihat pun pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Jadi apa yang graduan boleh buat untuk tarik perhatian majikan ialah dengan persiapkan diri dengan kemahiran yang dicari oleh majikan.

Nak tahu apa kemahiran yang paling dicari dan perlu dikuasai oleh graduan sebelum masuk ke alam pekerjaan, rujuk di perkongsian bawah.

5 KEMAHIRAN YANG GRADUAN PERLU KUASAI

Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan sama ada kemahiran berkomunikasi mereka benar-benar pada tahap yang diingini. Bagi yang masih mempunyai masalah untuk berkomunikasi, pastikan anda latih diri untuk berkomunikasi dengan baik tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Jika anda ada kemahiran komunikasi yang baik, lebih mudah untuk anda mohon kerja dalam apa jua bidang.

Kemahiran Kepimpinan

Sejak di bangku sekolah lagi anda sepatutnya asah kemahiran kepimpinan ini melalui penglibatan dalam persatuan atau sebagainya. Sekiranya anda terlibat secara aktif ketika di universiti dan menjawat jawatan tinggi, itu akan membuktikan bahawa anda mempunyai pengalaman dan kemahiran kepimpinan.

Majikan akan lebih berminat dengan calon yang mempunyai kemahiran ini kerana cenderung untuk mampu menyelesaikan dan menangani pelbagai masalah. Jika anda ada kemahiran kepimpinan dan pengalaman menjadi pemimpin di universiti, anda boleh highlight kan semasa temuduga nanti untuk tarik perhatian penemuduga.

Kemahiran Kerja Berpasukan

Setiap pekerjaan pasti akan memerlukan kita untuk bekerja secara berkumpulan. Kerja berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan. Jika anda sudah praktikkan diri untuk kerja berpasukan semasa di universiti, anda pasti mampu untuk kerja berpasukan di tempat kerja!

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran ini adalah di antara kriteria yang paling penting dan utama kepada majikan dalam mencari pekerja. Maka, perlu bagi bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan mempersiapkan diri mereka di dalam menguasai kemahiran ini.

Bakal graduan seharusnya lebih bersedia dari pelbagai aspek, seperti mental kerana penyelesaian masalah merupakan proses mental dalam mengatasi halangan ketika melakukan sesuatu tugasan. Walaupun boleh mendatangkan cabaran, namun kejayaan dalam menyelesaikan masalah itu akan menimbulkan keseronokan.

Kemahiran Pengurusan

Melalui kemahiran ini, majikan akan menilai sama ada graduan itu mampu menguruskan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Malah, majikan juga akan mempastikan sama ada graduan itu mampu melakukan kerja secara efisien dan produktif untuk menjamin kualiti kerja yang baik serta pada tahap yang diingini.

Dalam kemahiran pengurusan ini, perkara yang sangat penting juga ialah pengurusan masa. Kemahiran pengurusan yang baik adalah bonus buat sesuatu organisasi kerana bukan sahaja mempunyai pekerja yang cekap dan efisien dalam melakukan tugasan yang diberi, tetapi juga sebagai jaminan kepada penghasilan kerja yang berkualiti, malah mampu memuaskan hati pelanggan.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma