Mudah! Ini Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad Bank
Boleh kah kita keluarkan wang dari mesin ATM tanpa menggunakan kad bank? Dengar macam pelik, tapi sebenarnya ramai yang tidak tahu kita boleh keluarkan wang dari mesin ATM tanpa kad, hanya guna telefon sahaja!
Pasti anda pernah pergi mana-mana tertinggal beg duit atau kad bank. Telefon bimbit memang salah satu barang yang memang tidak pernah lepas dari tangan. Wang tunai tidak ada, kad bank pun tidak ada. Nak balik rumah untuk ambil jauh pula, apa yang boleh anda lakukan?
Jangan risau, ada solusinya tetapi syaratnya anda mestilah pengguna Maybank2u, ada telefon bimbit dan internet untuk membuat pengeluaran.
Baca juga: Cara Daftar Maybank2u
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara keluarkan duit dari mesin ATM tanpa menggunakan kad bank, hanya guna telefon bimbit sahaja.
Isi Kandungan
CARA KELUARKAN DUIT DARI ATM TANPA KAD
Langkah1: Log masuk ke Maybank2u
Log masuk ke akaun Maybank2u melalui telefon bimbit anda dan tekan di ‘Quick Link’
Langkah 2: Pilih Transfer
Langkah 3: Pilih Cardless Withdrawal
Langkah 4 & 5: Masukkan Amaun
Masukkan amaun yang anda mahu. Had pengeluaran hanyalah RM300. Klik ‘Continue’
Langkah 6 & 7: Request TAC
Request TAC dan masukkan dalam ruang yang disediakan. Kemudian klik ‘Confirm’.
Siap! selepas confirm anda akan menerima SMS kod 16 digit untuk digunakan di mesin ATM Maybank. Terus pergi ke mana-mana ATM Maybank untuk keluarkan duit anda.
Baca juga: Cara Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u
Seterusnya bila tiba di ATM ikut langkah berikut.
Langkah 8: Pilih Bahasa
Langkah 9: Pilih Pengeluaran Tanpa Kad
Langkah 10: Klik Teruskan
Langkah 11 & 12: Masukkan kod 16 digit transaction ID yang anda terima tadi. Kemudian klik YA.
Langkah 13 & 14: Masukkan withdrawal code 6 digit yang dapat dalam SMS tadi, dan klik YA.
Dah siap! Senang sahaja nak keluarkan wang dari mesin ATM tanpa kad bank. Selepas ini kalau tertinggal dompet dan kad bank tidak perlu gelabah lagi sebab dah tahu caranya. Selamat mencuba!