Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Tempoh Kuarantin Covid-19 Dipendekkan Bersyarat, Ini Prosedur Baru Pelepasan Kes Positif Covid-19

Oleh Cikgu Shaari • April 29, 2022 • 2 min baca

Tempoh Kuarantin Covid-19 Dipendekkan Bersyarat, Ini Prosedur Baru Pelepasan Kes Positif Covid-19
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat terarah kepada sidang akhbar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dijadualkan berlangsung jam empat petang pada 27 April 2022. Pengumuman tersebut adalah berikutan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Antara kelonggaran SOP yang telah dimumumkan yang menjadi perhatian orang ramai adalah pemakaian pelitup muka yang tidak diwajibkan di luar kawasan bangunan atau di tempat terbuka. Selain itu, tempoh kuarantin bagi kes positif Covid-19 juga disingkatkan .

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempoh kuarantin terkini dan prosedur ujian dan pelepasan untuk kes positif Covid-19 mulai 1 Mei 2022.

TARIKH PELAKSANAAN KELONGGARAN SOP

Kelonggaran SOP berkenaan beberapa perkara yang diumumkan adalah berkuatkuasa pada:

  • Mulai 1 Mei 2022

TEMPOH KUARANTIN KES POSITIF COVID-19 DIPENDEKKAN

Secara amnya, kes positif Covid-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari ke-4.

  • Jika keputusan negatif pada hari ke-4, mereka boleh menamatkan kuarantin

PROSEDUR UJIAN & PELEPASAN KES POSITIF COVID-19

Berikut adalah prosedur ujian dan pelepasan untuk kes posiftif Covid-19 mulai 1 Mei 2022:

  1. Menjalani ujian RTK-Ag Covid-19 yang diselia (fizikal atau maya) pada hari ke-4 kuarantin
  2. Keputusan ujian akan dimuat naik dalam MySejahtera oleh pengamal perubatan
  3. JIka keputusan negatif dengan keputusan yang boleh dikemaskini dalam MySejahtera, pesakit boleh menamatkan kuarantin
  4. Jika keputusan positif, pesakit mesti melengkapkan 7 hari kuarantin
  5. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas Hari ke-7

Anda boleh rujuk kelonggaran SOP Covid-19 penuh yang diumumkan oleh KKM  di sini:

Untuk mendapatkan info lanjut tentang kelonggaran SOP yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, sila rujuk Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.