KPM Beri Kelonggaran Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah Sehingga 26 Mac 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembejalaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.

KPM telah menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. Ramai ibu bapa mengharapkan KPM memberi kelonggaran pakaian seragam sekolah kerana mengalami masalah masa menyediakan persiapan tersebut.

Bagi memberi penjelasan kepada ibu bapa, KPM telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu tersebut.

PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah.

Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM telah memaklumkan bahawa murid yang BELUM MEMPUNYAI pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai:

  • Pakaian yang sesuai dan  kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah

TEMPOH KELONGGARAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Kebenaran ini diberi sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021 iaitu pada tempoh berikut:

  • 1 Mac 2021 hingga 26 Mac 2021

KPM berhadap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik. Buat masa sekarang, takwim persekolahan sesi 2021 masih tiada perubahan.

Ibu bapa boleh download takwim persekolahan sesi 2021 di bawah:

DOWNLOAD TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Baca juga: Murid Sekolah Dibenarkan Memakai Kasut Dan Stoking Berwarna Putih Atau Hitam

KPM Beri Kelonggaran Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah Sehingga 26 Mac 2021

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma